Tuesday, September 29, 2009

Sewaktu menunggu Encik TP, Tuhan sahaja yang tahu betapa Tipah melawan ketegangan dalam diri. Serba tak kena. Duduk salah, berdiri lagi lah salah. Teringat saat Tipah memegang erat Ribena Mobile dan bermonolog; Ya Allah, I've never been more tense than this in my whole life.....

17 minutes was all it takes... dan saat Encik TP mengarahkan Tipah pandu balik ke office, luruh seluruh hati Tipah. Dalam benak cuma terlintas kegagalan. Dan memandang cara Encik Tipah memberikan keputusan Tipah, Tipah rasa Encik TP telah terlalu banyak menonton realiti TV. Setelah bertahun Tipah tundakan, akhirnya......



Mereka kata A Picture Says A Thousand Words. Perlu ke Tipah huraikan lebih lanjut??

Syukur.
Yang teramat.

Monday, September 28, 2009


Tipah terpandang Mr Itik di atas almari. Tipah sebenarnya kurang pasti dari mana itik getah berwarna kuning ini muncul. Cuma suatu ketika dahulu, sewaktu Tipah mengemas kamar, Mr Itik telah menonjolkan dirinya ntah dari ceruk mana. Dan tatkala Tipah terlihat Mr Itik, Tipah tersenyum sendirian... teringat akan Gung yang sentiasa ajak mandi dengan "itik pastik"nya. Gung orang pertama yang kenal akan kewujudan Mr Itik dalam hidup Tipah, dan semenjak itu, setiap kali Gung ingin mandi, Gung akan "ambil itik pastik kuning dari atas almari adikk" ...

Mungkin kini Gung takkan ajak mandi lagi... sebab Gung akan menjadi Mrs Izan. Lagi mau deny~ *kompanggggg* Hehehehe~

Sunday, September 27, 2009

Alhamdullilah...

Berkat ketabahan, juga doa para handai, abah telah dipindahkan ke wad biasa. Wad yang penuh dengan uncle2 yang sakit masing2 tapi masih mampu tersenyum dan berhibur sesama sendiri.

Keletah mereka yang menghiburkan mampu memadam penderitaan dan kesedihan menanggung sakit, walaupun mungkin hanya seketika.

Ada Sang Bouncer...

Tak lekang dengan glove di tangan, dan tatkala sarung tangan menjadi sesuatu yang merimaskan, dia berubah menjadi Lennox Lewis dengan bandange di tangan. Kata beliau, Minum teh HARUS tanpa gula. Gula tidak baik untuk kesihatan.. Pesanan yang tentu amat disenangi para doktor *lolz*

Ada juga Sang Gengster...

Uncle yang sungguh ya-ya, ibarat ketua di bilik 25, baik hati tapi gemar buli para nurses, terutamanya misi lelaki. Pukul 7.30pm, no more Channel 8 ar!! Orang mau tgk F1... siang2 dia sudah booking tempat duduk depan Tv.

Teringat kekata, if u cant beat them, join them. Ini kes, dah sakit tak bleh nak buat apa.. Lebih baik jadikan masa di hospital sesuatu yang gerek~ Boy, do I love their optimism~

Tipah fikir, mungkinkah Tipah akan seceria mereka tatkala seribu kedut menghiasi diri ?

Tuesday, September 22, 2009

Alhamdullillah...

Abah telah dipindahkan keluar dari ICU. Kamar itu sungguh menakutkan; terlintas keperitan dan kesakitan. Terbayang2 akan kematian. Walau minta dijauhkan sama sekali, tidak pernah bayangan tidak mengusik. Dan Tipah bersyukur sangat2 Tipah tidak perlu lewati ruang itu lagi.

Abah kini di ward high dependency. Kata Puan Nurse, keadaannya lebih stabil; namun masih dalam tahap bahaya. Heart scan yang dijadual terpaksa ditunda gara2 jantung yang masih lemah. Bicara bersama nurse dan doktor, seolah hadiri suatu kelas Biomedikal. *smilez*

Sepetang Tipah di hospital. Tipah lihat wajah letih itu. Meski mata terkatup, namun kedut2 di dahi menampakkan ketidak selesaan, mungkin ketidak tenangan. Tipah hanya mampu melihat wajah tua itu, hanya perhatikan garis2 di raut itu.

Dan saat itu, terasa suatu kesedihan menyelinap. Airmata yang tidak diundang. Tiba-tiba abah seolah terkejut. Terperanjat juga Tipah. Bila ditanya kenapa, Abah masih mampu bergurau. Itu abah Tipah.. biar sakit ditanggung, sebolehnya dia ingin sembunyikan perit itu.

Tapi mungkin Abah lupa... Tipah bukan anak kecil lagi.

Monday, September 21, 2009

Tipah sekeluarga masih beraya... walaupun sebahagian hati kami, kami tinggalkan di sisi perbaringannya; di samping wire2 dan mesin2 yang mengiringi tidurnya.

Ritual biasa -- dari rumah Nenek ke rumah Wak. Bedanya kali ini, hospital menjadi salah satu destinasi kunjungan kami, sebelum ke rumah Nenek Zahara menemui adik2 saudara yang amat keletah dan aktif walaupun jam di dinding sudah melewati angka 11.

Hari ini, sewaktu Tipah lewati bilik ibu untuk meletak baju di bakul gosokan, Tipah melihat masih tergantung baju raya serba baru. merah menyala di penyangkut - Baju abah yang belum sempat dipakainya~ Sayu sahaja bila Tipah renung baju itu.

Tetiba teringat lagu raya..

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka

Aidilfitri tahun ini membawa erti yang amat berbeza~

Sunday, September 20, 2009

Tak pernah Tipah bayangkan bahawa suatu hari nanti Tipah akan berada di sini pada malam raya... menanti tanpa pasti tatkala takbir bergema di hati...

Kalau tahun2 sebelum ini, waktu2 begini akan dihiasi leteran ibu menyuruh ini itu di antara kumandangnya lagu2 raya di televisyen, tahun ini berbeda sekali.

Hanya sepi.. bungkam

Dan sekali sekala, hilai Tipah adik beradik hanya untuk menghiburkan hati yg sebal menunggu~ Benar kata mereka, penantian itu memang menyeksakan~

Selamat Hari Raya, sahabat2 Tipah.
Selamat Hari Raya, teman2 Tipah.
Selamat Hari Raya, kenalan2 Tipah.

Andaikata tersilap langkah, terlanjur kata dan tersalah perkara; dan sekiranya ada tersinggung hati, tercalar perasaan, Tipah memohon maaf dari jauh. Hanya kekata di blog sebagai pengganti diri memohon kemaafan dan menghulurkan keampunan.

Minal Aidil Wal Faizin~

Saturday, September 19, 2009

Random. Entri yang random. Buah fikiran yang random. Apa2 sahaja semuanya random. Terdetik seketika... perlukah setiap coretan itu punya motifnya?

Hmmm... bosan sebenarnya. Ramai yang sudah pulang ke kampung. Bermain bunga api. Mercun. Meriam buluh. Bergegar satu kampung. Walaupun tidak dibenarkan kerajaan atas dasar keselamatan. Tapi perkara yang terlarang itulah yang seronok, kan? *hee*

Hati2 yer kawan2. Kita tak mau beraya di hospital. Bukan dipinta, hanya satu peringatan menjelang Aidilfitri.


Thursday, September 17, 2009

Awal pagi tadi sebelum sahur, abah panggil Tipah tengok TV. Tipah lihat ribuan manusia banjiri kawasan masjid... sehingga meruah ke jalan2 raya berdekatan. Raaaamai sekali. Dan justeru abah berkata; "oh patut lah.. malam ni 27 Ramadhan.."

Kebanyakkan ulamak memilih malam 27 Ramadhan adalah malam yang berlakunya lailatul Qadar. Wallahu'alam...

Dan pulang dari kerja tadi, Tipah berkongsi dengan Yani dan Raq ttg banjir manusia di Mekah sempena 27 Ramadhan.... (bukannya dedua ekor ni kisah sangat pun), dan saat itu Tipah teringat sesuatu...

Hari ini hari lahir Tipah...

Ye.. Tipah telah dilahirkan tanggal 27 Ramadhan 1403 Hijrah.

So mengikut kalendar Hijrah, hari ini genap umur Tipah 27 tahun. Eh? Pembetulan... Semalam, umur Tipah genap 27 tahun. Sebab dalam Hijrah, hari yang baru bermula selepas waktu maghrib, kira2 jam 2000.

Apa2 pun, Selamat Hari Ulangtahun, Tipah!!!

p/s - Dulu2 semasa Tipah minat baca Paddington Bear, Tipah terbaca keluarga Brown (keluarga yang mengangkat Paddington sebagai ahli kluarga) bersetuju "Bears have two birthdays." Tipah pun. Adakah ini bermakna, Tipah juga beruang?? *hee*

Wednesday, September 16, 2009

Beberapa hari ini, soalan yang sering Tipah taip...

"Bila balik kampung?"

Tipah hari2 balik... itu usikan Tipah pada teman2 yang di rantauan jauh dari keluarga, setiap kali mereka pulangkan soalan itu kepada Tipah.

Terasa macam seronok mereka balik kampung menjelang Syawal. Semacam ada suatu excitement. Tipah ingin juga merasa kemeriahan dan keseronokan itu, tapi anak bandar macam Tipah ni mana ada kampung. Datuk nenek, ibu abah, mereka semua ada di kota Singa ini. So, nak balik ke mana, kan?

Setiap tahun merai lebaran di Kampung Chai Chee... nama jer kampung, tapi bandar juga .. *heee* Best memang best... tapi mungkin lebih gerek kalau beraya di kampung, kan? Pastinya, suasana yang berbeda. Tapi apa2 pun, Tipah tetap bersyukur. Sekurang2nya, masih bisa menyambut Aidilfitri~

So, Orked akan balik esok lepas kelas. Jey akan pulang Jumaat ini. Kismes pun akan berangkat ke Kedah Jumaat ini. Isten pula akan terbang balik Papar dan Sofy ke Sarawak Sabtu ini. Tipah?? Tipah hari2 balik.... *heee*

Selamat pulang bertemu keluarga, kawan2. Buat yang memandu, hati2 di jalanraya. Kirim salam ibu ayah di kampung, yer~

Wednesday, September 9, 2009

Hari ini hari istimewa.

Ramai yang menanti hari2 seistimewa ini. Hari yang berlaku sekali dalam masa 1000 tahun. Eh? Betul ke Tipah kira tu?

Kalau hari ini bukan dalam bulan Ramadhan, mungkin Tok Kadi akan letih bersalaman untuk majlis akad nikah. Mungkin juga hari ini Tok Kadi akan panjatkan kesyukuran kerana dapat berehat daripada tugas itu. *heee*

Dan hari ini juga hari istimewa buat seseorang. Kerana genap 22 tahun yang lalu, seorang ibu bertarung nyawa untuk mengeluarkan seseorang itu dari kepompongnya.

Selamat Hari Ulangtahun, Zie~!!


Semoga akan dikurniakan kemurahan rezeki, kesihatan badan & keceriaan hidup. Semoga 999 menjadi titik tolak untuk sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Dan semoga segala apa yang diimpiankan, akan menjadi milik abadi... sooner or later. InsyaAllah~ Aminn...

Berseronoklah hari ini, kerana hari ini hari YOU!
Luv u, gal~ *muaaacks*

Tuesday, September 8, 2009

Bazar Ramadhan di JB ibarat utusan si Laknatullah tu.; menjadi wakil untuk mengusik nafsu manusia tatkala perut sedang mendendang lagu Lapar.

Rambang mata melihat juadah2 yang ada. Otak-otak. Sata. Kebab. Ayam goreng. Laksam. Mee goreng. Keropok lekor. Burger Ramly. Lontong kering. Botok-botok. Agar-agar Oreo. Puteri salat. Ayam percik.

Terliur~

Kalau ikutkan perut, ingin sahaja diborong segala. Nasib baik akal menegur. Gila ke? Siapa mahu melantak semuanya?

Ish..

Monday, September 7, 2009

Tipah tak pernah ditagged di blog; dan tak terfikir pun bahawa suatu hari nanti, ada yg gatal akan men-tag Tipah. Tapi saat Tipah bersiar2 di alam siber, Tipah ternampak diri ini telah ditagged oleh Cik Nur Aznin yang prasan hot comey..

Kalau ikutkan hati, mmg tak kuasa, nyah~ Tapi, pada jam dan waktu ini, Encik Kebosanan telah tanpa segan dan silu menjemputkan dirinya ke dalam hidup Tipah... so here goes...

1-Anda rasa anda hot?
:: Andai kata tanpa kipas dan aircond.. yesayer.. mmg hot~ ::

2-Upload gambar kesayangan anda
:: Alamak.. gambar ada dalam HD, dan Encik Kemalasan menghalang Tipah untuk bangkit dari perbaringan dan mengambilnya. Jangan salahkan Tipah yer, salahkan Encik Kemalasan. Dia yang menghalang. ::

3-Kenapa anda suka gambar ini?
:: erm.. kurang pasti mengapa... ::

4-Bila kali terakhir anda makan pizza?
:: Brapa bulan yang lalu kot? ::

5-Lagu terakhir yang anda dengar
:: Sedang berkumandang dendangan Paula Abdul - Dance Like There's No Tomorrow.. di Mnet.Fm ::

6-Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
:: Sedang santai melayan mata yang enggan tidur ::

7-Selain dari nama anda sendiri, Anda suka dipanggil dengan nama apa?
:: adikk; Tipah; juga Sayang dan Darling, tapi malangnya tiada siapa yang sudi... ::

8-Tag 4 lagi orang tanpa rasa kekesalan 4 orang yg terlintas di fikiran anda?
:: Nur Aznin ::
:: Goone ::
:: Syara Nurasyikeen::
:: Encik Khairul Amin ::

9-Siapa no 1 kepada anda?
:: Budak comey yang prasan hawt; ganas dan keletah di IRc tapi sumber2 mengatakan bahawasanya gadis ini adalah seseorang yang amat pendiam dan pemalu.

10-Bagaimana pula dengan no 3?
:: Makcik Senah Pot Pet. Memang seseorang yang suka bercakap. Teman baik Tipah; bertaut nyer perkenalan 4 tahun lalu; dan masih berkawan baik sehingga saat ini. Seseorang yang amat menyayangi Tipah (ye ke?)

11-Pendapat pada angka 4?
:: hmm.. seseorang yang persistent. Kadangkala menyakitkan hati. Teman baik Tipah juga. Amat menyayangi Tipah juga (ye ke?) ::

12-Kata sesuatu pada orang ke 2?
:: Gung!!! Ai Mish Yu!!!!

Usai menjawap, Tipah tetiba terasa seperti seorang artis yang baru habis diwawancara. *Heh*

Thursday, September 3, 2009

Berbuka puasa di Spize, Simpang Bedok semalam bersama para Spartans~

Makan-makan. Gelak-gelak. Makan-makan. Gelak-gelak. Memang itu lah Spartans setiap kali berkumpul di Simpang.
Aglio Olio. Seafood Carbonara. Chicken Cremevara. Ais Limau. Sirap Limau. Standard order.. heh...

Abg2 di situ rasanya sudah kenal dengan kami. Terasa seperti mendapat personalised service bila kami di sana. Ala-ala VIP lah konon~ hehehe....

Dan tiba sahaja musim Ramadhan, tiba juga keinginan Yani untuk menginaikan orang. Ibarat satu fetish untuk minah seorang ni. Ramadhan lepas saja, Tipah ntah berapa kali bertukar design di tangan. Hilang saja inai di tangan, diinaikan lagi. Dan Ramadhan ini, sama saja situasinya. Diheret Tipah ke bazar Geylang untuk beli inai, dan semalam bermulalah projek Ramadhannya. Dalam keterpaksaan, sekurang2nya Tipah tak perlu berasak2 dengan orang2 lain sambil menunggu inai di tangan kering. Free of charge lagi... Harga istimewa dari seorang teman baik... *smilez*