Sunday, August 30, 2009

Pagi tadi setelah selesai Subuh, Tipah dan Syara bicara panjang di IRC (yer, Tipah masih lagi ber-irc). Bicara tentang kenangan kami bersama sepanjang 4 tahun perkenalan. Persahabatan yang terikat 4 tahun lepas di Redradio, sehingga kini masih kuat bertaut.

Walaupun Syara jauh di Kuala Lumpur, dan Tipah di kota Singa, kami tetap bisa menjadi kawan baik. Menjadi teman yang sering dirindui, dan sahabat yang sering diingati. Dan setiap pertemuan kami, walau tidak sering, menjadi suatu kenangan yang manis, dan mungkin jua abadi.



3 jam lamanya kami berdua conquer perbualan di channel, yg lain hanya bisa melihat kami bergelak ketawa... *cakit pipi ai*

Teringat Tipah kekata Syara...

Kau lain kan adikk...
Masa memula dulu kau bapak kasar...
Sekarang kau dah lembut skit lah...

Tipah hanya mampu tergelak. Mungkin perjalanan masa membuat kita semua berubah kan??
Syara rumuskan mungkin kerana Tipah berkenalan dengan cinta. Macam betul jer minah sorang tu.

Tipah kurang pasti apa punca Tipah ubah, tapi Tipah akui, walaupun masih tetap kasar, Tipah kini lebih perempuan dari dulu... Ayu sahaja ....

*Tipah tunduk malu*

Hahahahaha!! Blah lah weiiii...!

Saturday, August 29, 2009

Ya ampun, hensem kan?? Comel benar jejaka seorang ni... Kalau tidak kerana perbezaan umur, nak juga cuba tackle *haha*

El-Jalaluddin Rumi -- putera Ahmad Dhani. Drummer kumpulan Lucky Laki. Tipah kagum dengan budak seorang ni.. 10 tahun, namun bisa menyanyi sambil ketuk drum. Sesuatu yang drummer mapan pun belum tentu boleh buat.



Al-El-Dul .. adik beradik yang sama comel, sama cute. Tipah can't get over their cuteness...



Friday, August 28, 2009



Mereka kata .. When i see through me, I see you~

Kadangkala, Tipah merindui sesetengah orang dalam hidup Tipah. Mungkinkah kamu salah seorang dari mereka?

Friday, August 21, 2009

Mereka kata bulan ini penuh berkat.
Mereka kata bulan ini penuh fadilat.
Dan mereka kata bulan ini, Syaitan diikat *jelir lidah kat segala syaitan yang ada*

Bulan ini, pintu syurga terbuka luas,
Bulan ini, pintu neraka tertutup rapat,
Dan Bulan ini, teh O menjulang popularitinya di rumah Tipah...

Begitu pantas masa berlalu...
Selamat datang Ramadhan; kita bertemu kembali,
Masuklah... kedatangan sentiasa dinanti.

Bagi Tipah, nikmat puasa di bulan Ramadhan ni lain sikit; tak sama puasanya seperti puasa2 yang lain. Berlapar, berhaus, namun tidak dirungut. Dan tatkala berbuka, mensyukuri rezeki yang ada, walaupun kadangkala yang terhidang hanya teh O dan epok2 dua biji. Sebab bulan ini, kami teringat, ada yang harus berpuasa sepanjang hari, sedangkan kami hanya perlu berpuasa setengah hari sahaja.

Dan bagi Tipah juga, bulan Ramadhan ni lah bulan yang masing2 tergedik2 minta kuih macam2, sedangkan bulan2 lain, nama kuih2 sedemikian disebut pun tidak..

Badak Berendam lah..








Bukan yang ini ...














Yes, yang ini ....



Tepung Pelita lah..















Bubur Sumsum lah..













Macam2 kerenah, macam2 perangai~
Bulan Ramadhan memang istimewa... *smilez*

Selamat Bersahur dengan mata separuh terkatup...
Hati2 dengan tulang ikan dan cili padinya...
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak;
dan Selamat menunaikan ibadah puasa...

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Sahaja aku berpuasa, esok hari di bulan Ramadhan, fardhu tunai, kerana Allah Ta'ala.



p/s - bulan2 puasa ni Syaitan jer kena ikat, Jin2 masih berkeliaran. So tak perlulah hairan kalau semasa bulan puasa pun ada yang masih melalui peristiwa2 mistik yer~

Sunday, August 2, 2009

Baru pulang dari JB.. Penat tapi tak bisa tidur...

Tipah rasa macam dah lama tak keluar bersama ibu dan adik2. Masing2 sibuk dengan hal masing2. Kerja, bola, teman2... Memang akhir2 ini, sukar untuk jumpa kami semua di rumah dalam satu masa kecuali di waktu malam..

Tapi semalam lain. Semalam kami semua di rumah.

So semalam, kami ke rentas kesesakan di tambak johor. Menghabiskan masa di jalanan, dan di pusat bowling.. melayan angan2 Ibu ingin mewakili cawangannya di kejohanan antara cawangan.. tapi of course, angan2 je lah, memandangkan lebih banyak kalinya bola berat itu menemui longkang di kiri kanan daripada pin2 di tengah... *lolz*

Bila agaknya lagi kami bisa berbowling sekeluarga? Ntah la... dengan shift kerja Tipah yang kadangkala amat menyakitkan hati, Tipah pun kurang pasti.

Uiks.. ada call di YM.. excuse me, pple~