Friday, October 23, 2009

Tipah jalan2 ke perkarangan keluarga Singa. Terbaca dialog IbuSinga dengan AyahSinga. (Of coz lah Tipah pandai bahasa Singa.. Tipah kan anak Singapura~)

Tipah tersenyum sendiri.

Bukan gila.

Tapi teringat kali pertama Tipah memandu setelah mendapat lesen.

Sebelum tu, ibu Tipah beri komen - baru dapat lesen dah nak drive jauh2?

Bukan jauh mana pun.. Kluang saja. Kira-kira 2 jam perjalanan setelah meredah kastam. 2 jam yang penuh kesabaran.

Kalau biasanya Abah di depan, Tipah di belakang, kali ini kami bertukar tempat. Ya Allah, macam kena TP lagi skali!!!

Tapi Tipah bersyukur, kerana dengan adanya pengalaman satu jam lebih itu, Tipah sekarang pandai pandu di highway. Expressway di Singapura cikai aja rasanya. Eksyen lah pulak~

Keluar dari lebuhraya, kereta hampir melayang...terdiam Abah seketika. Jalan Simpang Renggam - Kluang mengajar Tipah memandu lewat jalanraya yang penuh turns dalam keadaan yang super gelap.

Apa2 pun, Abah, Tipah, Hafiz dan Shafiq selamat juga sampai ke Gunung Lambak, tempat berteduhnya Paklong sekeluarga.

Terer juga ehk Tipah? Alamak, teraksyen lagi sekali.... ^_^"
Esok Tipah tak bertugas...

Nak buat apa, ehk?

Tuesday, October 20, 2009



Nina, Umairah... antara sepupu2 yang amazingly friendly. Mereka panggil adik2 Tipah Abg Favourite despite the fact yang kami BARU setahun berkenalan walaupun umur mereka sudah menjangkau bertahun2..


Tipah kagum dengan penerimaan mereka... kids~

Sunday, October 11, 2009

11-10-09...

Istimewa juga tarikh ni ehk?? Seistimewa budak ini dalam hidup Tipah, walaupun belum berkesempatan kami bertemu.

Selamat hari ulangtahun yg ke-20, Dak Anen~!

Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan badan, dan diredhai olehNya perjalanan kehidupan Dak Anen.

*Muacks*

p/s - gambar adikk curi ambil dari blog Dak Anen. Minta halal ehk Dak Anen. Kita kan keluarga.. hehe... kirim salam kat abg, k?

Saturday, October 3, 2009

Awal pagi...

Masih tersisa kantuk di mata. Namun digagah jua. Sekali lagi menunggu. Membuat Tipah semakin benci akan dunia digelar penantian ini. Tapi apa dayanya Tipah untuk letakkan salah itu ke atas dirinya. Bukan dia meminta itu terjadi padanya...

Hospital ini... sudah ibarat rumah persinggahan.

Ke hadapan Encik Kantuk yang dihormati,

Sila nyahkan dirimu daripada Tipah. Sesungguhnya kamu tidak Tipah perlukan saat ini.

Salam kasih,
Tipah Anak Pak Lan