Tuesday, March 31, 2009

Letih. Jenuh.

Semenjak kembali ke department asal, tidak ada sehari Tipah pulang tidak kelesuan. Ntah kenapa, sedangkan dahulu tidak seperti sekarang...

Hari2 di ofis, ibarat medan perang. Perajurit2 sibuk melawan musuh. Sarjan2 sibuk menjerit memberi arahan.

Begitulah kami... perajurit itu adalah kami; dan sarjan2 itu adalah ketua kami. Musuh itu adalah service level kami dan arahan2 itu merangkumi jeritan "Wrappers!!" dan "16 calls waiting!!" Aduh... dan hari demi hari, Tipah menanti saat2 seperti hari ini. Berakhirnya waktu tugas hari ini akan disusuli cuti rehat hari esok....

Dan esok, Tipah mula belajar memandu... Seramnyerrr.....~
Tertarik Tipah dengan kenyataan salah seorang pengunjung blog Tipah ini....

".. and got stuck by the way u use your malay.."

Tipah tak pernah terfikir bahawa satu hari nanti blog Tipah akan dipenuhi catatan berbahasa melayu. Semasa Tipah mula memblog dalam bahasa ibunda, tak pernah Tipah menjangka ada yang akan tertarik dengan penggunaan bahasa ini. Tipah bukan seorang yang terlalu fasih berbahasa melayu; Perbualan harian Tipah bersama teman2 lebih cenderung kepada bahasa orang2 yg datuk moyang kami gelarkan Mat Salleh... bahasa asing. So terasa pelik pabila mendapat komen sedemikian. Teringat plak pendapat seorang teman Tipah .... "terasa cam baca novel melayu bila baca blog kau". *lolz*

Apa2 pun, kepada Lynn, siapa jua you, salam perkenalan Tipah hulurkan.... dan terima kasih kerana sudi menjenguk blog anak melayu ini. *smilez*

Monday, March 30, 2009

Berdiri aku di birai malam
Diam..
Peluk tubuh menahan dingin...

Malam itu tanpa gemersik cengkerik
Sunyi...
Tanpa mendayu ngewongan sang kodok...

Terpaku mataku ke tirai itu
Hampa...
Kosong sahaja, namun ku renung penuh harapan..

Ruang itu terus kelam
Gelap...
Bermandikan cahaya yang tiada...

Kamar itu terus mati
Sepi...
Hidup tanpa nyawa...

Jurus aku terus berdiri
Pegun...
Sendirian dalam pekat malam...


Sebuah lagi coretan... muncul ntah dari ceruk mana. Terjatuh dari dalam beg semasa Tipah bersiap. Ooops... dah telat.... Tipah minta diri dulu~

Friday, March 27, 2009

Gara2 tgk One In A Million... dan gara2 asik pandang2 Amylea jer, Tipah tertarik ngan rambut dia. Berhari Tipah contemplate... mao potong rambut atau tidak...

Hari ni, sewaktu lunch, Tipah nekad... So, snip snip snip... Rambut Tipah dah pendek... dan berekor ala2 Amylea. Nyeh~ Terasa sayang nak potong pendek sebenarnya, tapi memandang split ends dah teruk, Tipah potong jua....

So now, rambut Tipah dah pendek dan ganjil.... omputeh kata weird~ *heee*


Tipah prasan Tipah ada follower sorang... Terima kasih lah ehk, sudi jenguk2 blog Tipah yg jarang2 diupdate ni.... *heee*

Wednesday, March 25, 2009

Aku berjalan. Berjalan dan terus berjalan. Tanpa aku tahu, dimana sebenarnya perhentianku.. di mana sebetulnya destinasiku. Aku ibarat peti besi.. tanpa hati; tanpa perasaan; diprogram. Diolah untuk terus menapak hingga ke akhir. Tapi... di mana akhir itu?

"Berhenti!" rayu kakiku. Keletihan. Namun tidak kuhiraukan luahan mereka.

"Berhenti!" jerit mataku. Mengantuk. Namun tidak ku endah laungan mereka.

"Berhenti!" raung tekakku. Kehausan. Namun tidak ku peduli rintihan dia.

Aku terus meniti jalanan. Berbatu-batu mencari pasti yang tiada noktahnya. Hingga suatu ketika aku berhenti jua. Jasad kelesuan.. lalu terjelepok menyembah bumi. Kaku.

Mungkinkah akan ada senyuman terukir di saat itu??


Kemas2, terjumpa Tipah akan helaian kertas tercoret kekata. Ntah bila ditulis, ntah mengapa ditulis...

Macam-macam...

Friday, March 20, 2009

Seharian semalam di rumah - sakit, supposedly. Memang dah dua hari di ofis terbatuk2. Namun, pagi tadi, kluar saja dari bilik air, Tipah mula batuk bagai nak giler... hingga pening berdenyut kepala. Dari ingin ke ofis, Tipah melencong ke klinik. Sewaktu jumpa doktor, demam slightly, lalu doktor terchenta beri 2 hari rehat. Termasuk hari sabtu off day, makanya 3 hari Tipah tak akan masuk ofis.

Siang nanti ingin ke Kluang.. kebetulan ibu pun off... *smilez*. Ni dia orang sakit, untuk ke ofis tak larat, untuk namun kemana2 sahaja boleh asalkan bukan ke pejabat.

Well.. Tipah hanya gadis biasa *smilez* Jgn marah, boss~

Saturday, March 14, 2009

Setiap kali Tipah tgk blog orang, hati Tipah terdetik untuk memblog juga... TAPI

Setiap kali Tipah sampai ke blogger, hati Tipah terdetik jua. Nak blog pasal apa, ehk??

Sebenarnya, kalau difikir2kan, dan direnung2kan, ada perkara yg boleh Tipah jadikan topik untuk memblog.. TAPI...

heh.. ntah lah... mungkin kebuntuan minda.... writer's block lah konon~.. TAPI..

mungkin jua kemalasan semula jadi. Bak kata gooNe, adikk ni malas lah update blog. Setahun satu entry... nyeh heh heh.. sorry boss. Semangat memblog datang sekali sekala sahaja. Orang dolu2 kata, hangat2 tahi ayam. Abah kata, hot2 ciken shit. Anak2 sekarang kata, semangat dua minit. Kenapa dua minit? Mungkin sbb masak megi dua minit kot?

Ada juga kadangkala di meja kerja, tatkala memegang pena/pensel dan kertas, terfikir gak macam2 mau tulis. Tapi bila hujung pena/pensel melekat di kertas... TUP!!.. hilang~

Apatah lagi bila headphone di telinga berkumandang nada syahdu "BEEEEEP!" menandakan mulut harus mula berkata2 dengan si pemanggil. Terus melayang buah fikiran. Seolah2 bersayap bak rama-rama dan kupu-kupu.

Dan ada waktu pula, kekata dah termaktub di lembaran. Niat di hati, pulang karang, boleh ditaip semula dan dipost ke alam maya. Namun, niat hanya tinggal niat. Bila mata memandang monitor, jari menari di papan kekunci, kertasnya ke mana, niat pun ntah ke mana. Apa yg ingin dikongsi terkubur langsung, mungkin terselit di celah poket handbag, mungkin juga terperuk di antara surat2 di meja. Dan ada kemungkinan jua akhirnya ke tong sampah... *smilez*

Perangai.. perangai... Tipah.. Tipah... tak tau lah nak jadi apa dgn anak dara seorang ni....

Anyway, lets think back on things...


Hari ini 14 march - hari ke-75 dalam kalendar Gregorian. Kalau ikut kalendar islam, 17 Rabiulawal - hari ke-76; 5 hari setelah Maulidur Rasul. Terasa pantas waktu berlalu. Orang putih kata, Time flies very fast. Anak-anak sekarang kata, Cepat gilerrrr, siot! ^_^


Terasa rindu pada Faridah, pada Anu. Semenjak 9 March, Tipah dan Yanee bukan Samurais lagi. Sekarang dah jadi Spartans.. ahwoooooo! Semenjak mula tugas di floor, Tipah bersama Samurais.. so terasa kehilangan bila terpaksa (dipaksa?) tukar team. Terima jer lah.. dah arahan, takkan Tipah nak bentak pulak. Ada karang yang dipaksa berhenti pulak.. heh~

Dan semenjak dipindah ke Spartans ni, dan kembali melayan KMS, terasa letih teramat. Tak tau kenapa.. Bukannya Tipah banting tulang tanam padi, bukan Tipah hempas pulas dirikan rumah.. mungkin letih mentally kot. Kalau selalu, laptop menjadi teman hingga awal pagi2 buta, beberapa hari ni, laptop Tipah jadi bantal peluk saja. Menemani Tipah tatkala Tipah layari cyberspace dalam mimpi. Kalau selalu, bebudak Hyzan, Epuy, Razy, Farrid dan Ezme diperhatikan dan digelak, beberapa hari ni, Tipah hanya bisa ucap Good Morning pada mereka tatkala bangun untuk bertugas. Haizz..


Fakta menarik.. Tipah mula menaip entry ni jam 20.38 tanggal 14 mar. Dan ayat ini selesai ditaip jam 10.38 tanggal 15 mar. *LOL* 14 jam untuk menulis satu entry... dan entry tak panjang mana pun.... melampauuuu~

Monday, March 9, 2009



Tipah baru je lepas gelak.... Jumaat lepas kumpulan ni diangkat sebagai Raja Lawak Astro musim ke-3. Seluruh malaysia tau kot...

Anyway, kumpulan Sepah ni kumpulan faverit Tipah dalam season ni. Kerana takde cable tv .. kalau ader pun bukannya boleh tgk. SCV mana ader Astro Prima? Tipah follow Raja Lawak lewat YouTube. Setiap weekend, dengan Hafiz, Tipah akan gelak sepuas2nya kerana kumpulan Sepah. Kadangkala, kerana tak puas gelak, Tipah tengok lagi...

Whatever it is, mereka deserve the title... Anak2 muda yg sedap mata memandang, dan pandai berjenaka. Sepah membawa lawak cliche, lawak yg orang2 biasa seperti Tipah kenal, lawak yg biasa kita dengar bila kita melepak dengan teman2. Mungkin formula itu, kerana lebih dekat dengan hati semua orang, membuat kumpulan Sepah berjaya.

Congratulations... walaupun confirm ucapan tahniah ni tak dibaca oleh mereka. *lol*

I lerps Sepah. Sepah. Tipah. Tipah. Sepah. ok lah tu ehk? *nyeh*
















Thursday, March 5, 2009

Semalam, setelah 4 hari melingkar dalam rumah, sepatutnya Tipah keluar dengan Yanee untuk tonton My Bloody Valentine 3D. Macam best jerrrr... Kebetulan Yanee pun on leave. Tapi kerana kebetulan ibu MC 2 hari, Tipah kansel date dengan Yanee sebab jarang dapat hari off yg sama dengan ibu.

Mula2 plan ingin ke Muar. Memandang tak ada kereta, kami batalkan niat. Dan Tipah ajak adik2 main bowling. Dah lama teringin hendak berbowling, tapi setiap kali ada sahaja halangan. Semalam, keinginan menjadi nyata.. *hee*




Sepanjang pagi buta ni pula, Tipah asyik main games di Facebook. Geoworld dan kemudian terjumpa pulak game bowling. Dah puas main bowling semalam, pagi ni Tipah tercangak depan laptop main bowling maya.

Sekejap lagi, kami akan bertolak ke Muar/Melaka pula. Tipah, Hafiz, Acik, Ibu dan Abah... dengan Lancer Along Mang, seperti biasa. Niat hati pukul 8am nak bangun, sekarang dah 7.44am. Kalau tidur, buat sarat saja. Tapi takpe lah ehk... Tipah tidur semoment~ Eskus me...

Wednesday, March 4, 2009

1 March... berlalu..

2 March... berlalu jua..

3 March... berlalu sama..


3 hari cuti. 3 hari tanpa aktiviti. Bosan mula kuasai diri. Tipah bermain dengan keinginan ingin ke Kuala Lumpur. Ingin Tipah tekan butang BUY. Andai kata ditekan, siang nanti akan bermula perjalanan Tipah... tapi seakan ada yang menghalang. Seruan tak cukup kuat... apatah lagi dengan berita Kuala Lumpur dilanda banjir semalam. Makin pudar lambaian Kuala Lumpur...


Haiz... Selamat malam lah, kawan2. Tipah masuk tidur dulu~