Sunday, August 17, 2008

Tipah memblog dari kota metropolitan Msia, dari salah satu dari 3 wilayah bumi merdeka ni. Majlis persandingan Kak Ri_anne menjadi pusat pertemuan 7 gadis Mnet - gembira Tipah dapat bertemu Kak Sweets, Lienda, Amy, Lips, Kirei dan pengantin terlajak Kak Ri_anne *hee*

KFC menjadi tempat bertemunya Madame Rimao... *hee* Ucapan terima kasih Tipah hulur buat Naiz kerana belanja kami ayam. Lain kali, belanja lagi k?

Dan kini Tipah kembali ke KFC, menanti masa untuk kembali ke tanahair. Memang penat, tapi Tipah seronok.

P/s - Tertarik Tipah dengan kekata seorang cina mereng yang datangnya entah dari mana...
"Wajah Malaysia.. saya ingin jadi wajah antarabangsa" Memang tinggi cita-citanya, tapi tak mungkin tercapai kot?? Dan saudara cina itu keluar dengan bebelannya yang penuh amarah... Bumi Malaysia ini memang warna-warni.... Teringat pulak pada Amy dan warna kirinya. Haizz.. belum pulang dah merindui... *smilez*

Tuesday, August 12, 2008

Akhirnya Tipah selesai upload gambar yg diambil masa percutian di Terengganu. Bukan banyak pun.. tapi kerana upload speed yang mengharukan juga shift kerja yang tidak mengizinkan... juga kerana kemalasan Tipah sendiri *heee*, baru hari ini Tipah dapat selesaikan kerja yang satu ini..

Jemput la ke multiply Tipah ye... http://luver.multiply.com/
Hati ini dicarik2 kebingitan....

Perlu ke Tipah dihambur sedangkan amarah itu sepatutnya dihadiahkan kepada orang lain??? Tipah bukan tong sampah untuk melepaskan segala ketidakpuasan....

Air mata ini bagai ingin mengalir namun ditahan...

Tipah seorang yang derhaka ke pabila pada saat ini, Tipah tanam azam bahawa hidup ini hanya untuk diri ini. Tipah seorang yang jahat ke tatkala hati ini tekad untuk persetankan orang lain.. Pergi jahanam~

Haiz... kemarahan ini memang senjata syaitan untuk menjatuhkan manusia kan?? Astaghfirullah al azim~

Sunday, August 10, 2008

Tipah mendongak ke langit malam ini dalam perjalanan pulang dari kerja. Dan Tipah lihat bintang2 bertaburan di hamparan hitam itu.

Tipah sering melihat ke langit malam sewaktu dalam perjalanan bercuti di Malaysia; dan biasanya Tipah senang melihat cakerawala itu penuh bintang2 yang tidak terkira bilangannya. Menghiasi bak lampu kelap kelip.

Dan Tipah sering bertanya, kenapa langit di kota kelahiran Tipah tidak seperti itu. Namun, malam ini Tipah akui Tipah tersilap. Langit Singapura juga tidak kurang hebatnya.

Membuat Tipah terfikir mengapa kita seringkali melihat keistimewaan milik orang lain sedangkan kita gagal untuk melihat bahawa kita juga punya keistimewaan itu. Kita sering kali memuji keberadaan orang lain sedangkan kita juga punya keberadaan itu.

Bagai mengiakan pepatah orang melayu - Kuman di lautan dilihat, gajah di depan mata tidak tampak. Walaupun pepatah lebih kepada perkara yang negatif, Tipah lihat konteksnya pada perkara2 yg lebih positif nilainya.

Orang putih pula kata "The grass is always greener on the other side"

Memang orang dulu2 ini tajam pemikirannya kan??

Tuesday, August 5, 2008

Kuala Lumpur menjadi point transit Tipah sekeluarga untuk pulang dari Terengganu. Suatu perjalanan yang agak meletihkan namun memberi peluang pada Tipah untuk menyusur "butik" Petaling Street, dan pulangnya Tipah sudah tentu bukan dengan tangan yang kosong *senyumz*

Tiada apa yang outstanding tentang Terengganu, namun rentak kehidupan yang lebih perlahan menjadi perkara yang amat menghairankan buat gadis kota seperti Tipah yang sudah lali berlumba dengan masa. Cemburu sekali Tipah lihat mereka menikmati breakfast sekeluarga tanpa perlu bimbang tentang waktu. Tidak Tipah lihat warga2 Terengganu kelam kabut dalam menjalani harian mereka. Tidak Tipah melihat pemandu2 Terengganu sibuk cuba memotong satu sama lain - perkara yang cukup menyesakkan abah sebagai seorang pemandu *smilez*

Dan di Terengganu, Tipah menemui apa yang belum Tipah temui selama ini di Malaysia - keramahan orang2nya. Memang sesuatu yang amat mengagumkan buat Tipah

p/s - pics uploaded soon, Insyaallah.

Friday, August 1, 2008

Terengganu Darul Iman... Nantikanlah kedatangan Tipah.
Masa Bertolak : Sekarang.... *senyumz*