Friday, October 31, 2008

Bulan...
Jgn biar siang...
Biar alam gelap..
Biar ia sepi..
Seperti aku...

Selesai menonton filem Sepi; Tipah tak sempat nak tonton kat pawagam; belum berkesempatan nak beri si tukang ciplak rezeki, Youtube menjadi alternatif. Kebetulan terpandang semasa mencari sesuatu yg lain.

Sepi tentang 3 watak..

Adam yg mencari2 si Dia.

Sufi yg mengharapkan si Dia.

Imaan yg tak mampu melepaskan si Dia.

Cerita Adam cerita semua... mencari cinta, dicintai dan mencintai mereka yg mencintai.. disayangi, dan menyayangi. Tipah rumuskan bertuah badan sekiranya dicintai. Tetapi lebih bertuah mereka yg dicintai dan mencintai...

Cerita Sufi membawa harapan dan janji melewati hembusan nafas yang terakhir. Menemui cinta lagi, namun pertemuan itu mungkin telah telat. Romantis.. walau kurang setuju usul Sufi untuk si dia meninggalkan segala demi cinta mereka.

Cerita Imaan menarik.. ttg insan yg terlalu menyayangi.. sehingga tidak dapat meninggalkan apa yg telah limpas.

Ntah kenapa teringat pada Pitt saat Tipah kenangkan cerita Imaan. Bezanya, Imaan menerima cinta baru jua akhirnya. Pitt pula bila agaknya?

Suatu persoalan yg Tipah tak punya jawapannya... Bukan Tipah untuk menentukannya.

Friday, October 24, 2008

Adakah warga Kelantan rasakan orang2 Singapura tak mampu berbahasa Melayu? Soalan pelik.. tapi itu impresi yg Tipah dapat semasa di Rantau Panjang dan Golok...

Insiden 1 : Semasa di Golok, Tipah dah selesai cop passport dan menanti ibu dan abah. Tak sedar bahawa Tipah menghadang perjalanan sebuah kereta. Cuma terdengar semacam kecoh org berbicara dalam bahasa Thai tapi disebabkan sedang berbual ngan adik, Tipah tak ambil endah. Hanya setelah ditarik oleh seseorang, Tipah sedar and terdengar seseorang berkata "Oh, passport Singapore lah. Nak kena ckp orang putih baru dia faham"

*huh??*

Insiden 2 : Selesai cop passport di kastam, Tipah hulur beg pada pegawai untuk periksa. Tapi pegawai tu minta passport Tipah plak... Terasa pelik, tapi kat tempat orang.. turutkan ajer. What comes after that buat Tipah tercengang... Pegawai tu tgk passport Tipah dan the following conversation terjadi...

Pegawai : Singapore? Orang Singapore?
Tipah : A'ah
Pegawai : Tau cakap melayu?
Tipah : Huh? Tau...
Pegawai : Tinggal Singapore? Tau cakap melayu?
Tipah : Saya orang melayu, tau lah cakap melayu...

Apa daaaa..... Ingat orang Malaysia ngan orang Golok jer tau ckp melayu ker? Abih Tipah tgh bicara dgn dia dalam bahasa apa sey?

Insiden 3 : Selesai tu, Tipah dan abah tunggu ibu dan adik2 yg blum habis chop passport. Semasa salah seorang pegawai kastam lintas kami, teman2nya yg on duty di jalan separuh jerit kat dia "wei.. Pak Misai.." sambil bibir menjuih ke arah abah. Mau ketawa Tipah dan abah... diaorang ingat kita tak faham ker??


Adoiiii.. pengalaman yg cukup pelik, namun menghiburkan....

Wednesday, October 22, 2008

Baru pulang dari bercuti.. Kali ini ke Kota Bharu, Kelantan setelah 18 tahun *smilez*
Perkara pertama saat jejakkan kaki ke kota Serambi Mekah ni ialah suasananya.. Tipah rasa seolah2 bas yg Tipah naik telah melalui time warp~ Terasa seolah2 ditarik ke masa lepas..

Pagi Jumaat dihiasi warga Kelantan bersiap2 untuk berniaga.. dengan ayat suci Al Quran berkumandang lantang~ Beda benar suasana~

Jalan2.. Tipah tertarik dgn sesuatu... Sejak bila plak KFC jual mee hongkong dan mee claypot?? *hee*



Hari Jumaat ternyata membosankan di bandar Kota Bharu.. Suasana yg terlalu laid back, apatah lagi Jumaat merupakan cuti umum buat warga bandar ini. Sementara abah solat Jumaat, Tipah serta ibu dan adik2 meronda sekitar kota... sampai ke pasar pun kami jelajah~
Tapi memang eye opener. Antara yg menarik perhatian... Bubur Syura. Nampak macam... Rasanya pulak? Ntah.. tak berani nak cuba.. *hee*




Kaki membawa ke Tambatan Diraja... dan setelah itu.. tak tau mau ke mana.. akhirnya ke PCB - Pantai Cahaya Bulan.






Sempat tinggalkan autograph ...


Eh? Kat Kota Bharu, you kena pergi kat teksi lah bukan teksi cari you... Amazing~ Mereka dan cara mereka... *hee*

Hari ke-2 family dah putus mau ke Rantau Panjang.. dari situ ke Thailand. Mmg seronok walau perjalanan rasa cam jauh jer~ tapi no hal lah kan? Kata cuti mahhh...




Malam tu msg Abg Don, Tipah di langgar... bukan kena langgar pun.. tapi kat perhentian bas Langgar, ingin ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, sempat ke Cosmos.. rasa macam segala harta karun kat dalam badan ni dibolak-balik.... Tapi seronok gilerrrrrr...
Pics sumer blum upload... Kemalasan melanda~ *hee*

p/s - Tipah lebih cinta Terengganu dari Kelantan~ Rasa cam mau ke Terengganu lagi... haizz, ntah bila....

p/s lagi - tekak tak bleh terima nasi kerabu.. adoiiii... *terbayang nasi dagang*

Thursday, October 2, 2008

Aidilfitri mmg istimewa tiap2 tahun... Walaupun muka2 mereka yg sama yg dijumpa saban tahun. Tahun ini Tipah bertemu adik2 sedara yg tak pernah Tipah temui. Alhamdullillah, tahun ini, perasaan rindu menguasai rajuk hati si Dia; dan pertemuan yg dihiasi air mata mereka memang Tipah syukuri.

Dan alhamdullillah juga, penuh puasa Tipah tahun ni, memang pelik pada pandangan orang... Tidak bagi Tipah *smilez*

Penat beraya semalam; hari ini terima sms dari seseorang. Syara di JB! Rindu teramat buat teman seorang ini. Kesibukan dan jarak buat Tipah dan Syara sering kejauhan; namun sentiasa dekat di hati.

Dan demi kerinduan itu; jua harapan dari seorang teman, Tipah redah tambak Johor dan melepak sepetang di JB melayan Secret Recipe, karaoke dan shopping... *heh*


Syawal kali ini penuh kerinduan yg terlerai~


Selamat hari raya, kengkawan~