Tuesday, May 25, 2010

Tipah jalan2 di BukuMuka... dan Tipah terlihat seorang kenalan kepada seorang kenalan yang membuat album kompilasi harta karun yang mengingatkan Tipah akan zaman2 sewaktu Tipah masih comel... *hee*



Gula2 Horlicks.... rasanya seperti sudah pupus di Singapura... ada lagi ke??



Dulu kami tak main Nintendo DS and Playstation...



Dan gambar ini membuat Tipah eksaited-maited... passport warna biru - passport yang hanya laku buat perjalanan ke Semenanjung. Anak2 Singapura sekarang tak punya passport warna biru ini. Semua dah guna passport antarabangsa warna merah.

Dengan bangganya Tipah katakan Tipah pernah guna passport warna biru.

Dan dengan angkuhnya juga, Tipah nak show off passport warna biru Tipah yang masih dalam simpanan....



Dulu buat passport baru SGD10... sekarang SGD80!! ish ish ish~

Thursday, May 20, 2010

Hati panas... Dilahirkan lelaki tetapi perangai sundal... Dasar jahanam...

Tuesday, May 18, 2010


Setiap kali hampir Piala Dunia, mula ingin kumpul benda2 ni...

Masih Tipah ingat lagi 4 tahun lepas -- budak2 back office di Teletech dipaksa makan potato chip hari2 semata2 kerana Tipah dan seorang budak ticketing gila2 mengumpul handphone charm versi Piala Dunia ni.

4 tahun lepas, tak dapat collect semua... kurang 2 design. Tahun ni, ada 36 design semuanya... Lagi cantik!!! Sempat ke nak collect semua??

Masa untuk makan cip kentang Jack & Jill setiap hari!!!

Monday, May 17, 2010

Apa lah nasib Tipah...

Gara2 ingin menunaikan jemputan di kota Singa, Tipah bertolak pulang dari Kuala Lumpur awal pagi 0530.

Tiba di Alor Gajah, nak elakkan kemalangan di sebelah kanan, Tipah lalu di sebelah kiri... dan langgar entah-apa-kebenda dalam kegelapan lebuhraya. Ranap rim kereta, tayar pun kempis. Nasib baik ada penawar hati tiga jejaka hensem lagi baik hati yang cuba membantu walaupun gagal. Abang2 PLUS juga lah mampu menolong...


Dengan tayar spare, Tipah teruskan perjalanan ke Kluang untuk ambil ubat abah yang tertinggal semasa dia pulang dari rumah Paklong. Terkemut2.. geram jer Tipah pandang kereta2 yang pecut belah kanan Tipah. Nak ikut pecut, tak boleh.. *haiz*

09:34, Taman Desa Kluang...

*Banggg* Dilanggar dari belakang saat berhenti di junction. Menggigil lalu menangis...

Ya Allah, lesen memandu baru 7 bulan, dah eksiden. Telefon Paklong.. Paklong telefon ke Singapura beritahu ibu abah. Petang tu, bukan sahaja ibu dan abah yang naik Kluang.. Along Mang, Kak Ena, Cik Atit & Aunty Masha pun ada... uish... terasa disayang~


Diescort pulang dua kereta ibarat ada permaisuri dalam kereta.. *hee*

Sekarang ni tengah pening fikirkan hendak bayar ganti rugi pada empunya kereta... *haiz*

Friday, May 7, 2010

Tipah benci perasaan ini... perasaan yang sukar Tipah jelaskan. Orang putih kata, 'that unexplainable feeling'. Random unhappiness.. tandangnya ntah dari mana, usulnya ntah dari siapa. Datang tanpa diundang..

"It wasnt a full sphere to begin with.. but now it feels like a chunk of it is missing somewhere..."

Di ambang tangisan... menanti sesuatu merobohkan empangan airmata...~