Wednesday, June 10, 2009

Pagi tadi Tipah bertemu Dr Hensem lagi...
Tersenyum lebar awal pagi~

Dan kini, Tipah telah siap sedia untuk bertolak....

Perak mungkin menjadi destinasi ...
Mungkin jua ke KL ...

Apa2 pun... yang pasti.. Tipah akan bercuti.
Bersama ibu. Bersama abah. Bersama Hafiz. Bersama Shafiq.

Yey...

Selamat Tinggal.
Doakan keselamatan kami semasa perjalanan k.. Mekasih~ *heee*
Kesetiaan~
Menghalangi ku pindah ke lain hati~
Dan tak ingin ku melukai~

Bait2 lagu yg confirm akan menerobos kotak fikiran Tipah bila timbul bicara tentang setia.

Setia pada MNet~ itu yg buat Tipah tetiba fikir ttg setia.

Tipah kata Tipah setia; Gung kata dia tak. Howie kata dia setuju dengan Gung. Sebab dia nak cukupkan kuota 4-nya.

Berbaloi ke sebuah kesetiaan tu? Tipah teringat sesuatu peristiwa yang buat Tipah ungkapkan kekata... Kalau ini erti kesetiaan, aku rela hidup tanpa ia. Mungkin, seperti cinta, kesetiaan bisa membawa bahagia, ianya juga bisa menanam duka.

Lalu Tipah rumuskan, Tipah hanya setia pada diri sendiri; dan pada diri ini Tipah berjanji sehidup semati~

Friday, June 5, 2009

Kalau hari yg lepas, mata kiri, kali ini mata kanan pula. Sekali lagi, gara2 bisul di mata. Omputeh kata chalazion. Dan menurut doktor hensem yang Tipah jumpa tadi pagi, ianya ibarat pimples di mata. Aduh... mata pun ader jerawat... alahaiii..

Apa yg Tipah lalui tadi di hospital, tidak pernah Tipah lalui sepanjang hidup Tipah. Doktor melayu yang kacak dan nurses melayu yang sungguh baik hati - makes up for the long waiting time. Apa yg lebih buat Tipah terharu, semasa kelopak mata dicucuk jarum dan dimasukkan anasthetics, salah seorang nurse sering menenangkan Tipah dan salah seorang dari mereka memegang tangan Tipah dan meminta Tipah menggenggam tangan itu andaikata terlalu sakit. Walaupun mereka tahu itu bukan kali pertama Tipah lalui prosedur yang sama...

Dan saat itu, sambil menahan pedih, hati Tipah terdetik... wow...

Kali ini lebih sakit. Macam ingin menangis, *sob*sob* Namun tiada siapa yang menemani untuk diadu kesakitan itu... so tahan jer lah.

Tapi apa yang Tipah lalui tadi is touching.. really touching. Terima kasih akak nurses... tak terfikir pula Tipah nak tanya nama mereka. Dah sakit oi....



Dan pagi ini, harus jadi pirate skali lagi.... Lanun Geng 606, ibarat kata tok_janggut. Silap lah tok... it's Lanun Geng 404~!

Pagi ni, Tipah ada medical appointment pukul 8.40 pagi.... tapi oops... skrang dah pukul 08 37 dah.... ish... Tipah niiii.....