Thursday, September 17, 2009

Awal pagi tadi sebelum sahur, abah panggil Tipah tengok TV. Tipah lihat ribuan manusia banjiri kawasan masjid... sehingga meruah ke jalan2 raya berdekatan. Raaaamai sekali. Dan justeru abah berkata; "oh patut lah.. malam ni 27 Ramadhan.."

Kebanyakkan ulamak memilih malam 27 Ramadhan adalah malam yang berlakunya lailatul Qadar. Wallahu'alam...

Dan pulang dari kerja tadi, Tipah berkongsi dengan Yani dan Raq ttg banjir manusia di Mekah sempena 27 Ramadhan.... (bukannya dedua ekor ni kisah sangat pun), dan saat itu Tipah teringat sesuatu...

Hari ini hari lahir Tipah...

Ye.. Tipah telah dilahirkan tanggal 27 Ramadhan 1403 Hijrah.

So mengikut kalendar Hijrah, hari ini genap umur Tipah 27 tahun. Eh? Pembetulan... Semalam, umur Tipah genap 27 tahun. Sebab dalam Hijrah, hari yang baru bermula selepas waktu maghrib, kira2 jam 2000.

Apa2 pun, Selamat Hari Ulangtahun, Tipah!!!

p/s - Dulu2 semasa Tipah minat baca Paddington Bear, Tipah terbaca keluarga Brown (keluarga yang mengangkat Paddington sebagai ahli kluarga) bersetuju "Bears have two birthdays." Tipah pun. Adakah ini bermakna, Tipah juga beruang?? *hee*

No comments: