Wednesday, January 27, 2010


Keputusan impulsive....
Trim rambut...
Potong fringe...
Kurang suka...
Sebab fringe degil...
Haiz...

Monday, January 25, 2010

Setelah agak lama difikir2...
Setelah agak lama dicongak2...
Oleh kerana Tuan Singtel baik hati beri voucher diskaun...
Oleh kerana Encik El-Jee KU380 ambil keputusan menyukarkan Tipah mengirim sms...

Tipah menyambut kehadiran Encik Aifon dalam hidup Tipah...
Tipah tak perlu usung laptop ke hulu ke hilir lagi kot??

Hmm..

Welkem Encik Aifon~

Welcome Tipah to the world of technology~
Biasanyer ketinggalan zaman....
Masih agak ketinggalan...
*hee*

Thursday, January 7, 2010

Tetiba jer terdetik dalam fikiran....

Kalau Tipah letak online status seperti ini...

.. Away -- Ai nak gi rompak bank..

Dan ditakdirkan bank yang Tipah ingin tuju itu benar2 dirompak..

Mungkinkah pihak polis akan menyenaraikan Tipah sebagai seorang suspek??

Hmm... *ponder*ponder*

p/s - Entri ini mungkin tercetus sebab sedang siap2 ingin ke bank... tak teringin pun nak gi rompak bank. At least, not for now... *heh*
Tipah tonton filem Cinta...

Tipah terdengar satu ayat yang pernah Tipah coret masa memula tonton filem Cinta itu.

Kadangkala, orang yang paling kita sayang, paling susah untuk disayangi...

~ Rubiah : Cinta ~

Tetiba Tipah terasa nak kongsi sebuah kisah yang Tipah terbaca dalam salah satu link Tipah, Tentang Cinta.

Kasih Pak Suyatno... terharu Tipah baca.

Kata Pak Suyatno... “Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…”

Membuat Tipah terfikir, masih adakah cinta sedemikian di dunia ini? Tipah doa suatu hari nanti, akan datang seorang jejaka seperti Pak Suyatno buat Tipah. Buat teman2 Tipah. Buat kalian semua yang belum berpunya. Amin~

Sunday, January 3, 2010

Teman Tipah beritahu Tipah siang tadi...

-- Tipah tak fair! --

*LOL*

31hb lepas, umurnya meningkat 24.

Tipah tak lupa.
Dah wish pun di Facebook.
Tapi dia tak puas hati.
Sebab Tipah tak post kat blog.
Tipah tak lupa.
Tadi Tipah jumpa entry yang separuh siap tu.

Maafkan saya lah, kawan. Masa tu, Encik Kantuk mengajak Tipah beradu, kot? *Hee*

Anyway, teman Tipah seorang ini sama2 Samurai dahulu, dan sama2 dikomplot dipindahkan ke Spartans. Dua tahun kenali dia, dua tahun juga Tipah terpaksa melayan karenah anak seorang ini. *smilez*

Minahrep.
Minah Kening.
Minah Gila Makeup.
Senang cerita... Minah.
Fullstop.

Tapi minah2 dia pun, Tipah tetap sayang dia. Kadang2 pandang dia macam adik. Walaupun irritating. *nyeh*


Happy 24th Birthday, friend~

Semoga dimurahkan rezeki, disihatkan jasad, dan dikurniakan kebahgiaan dalam masa2 yang akan datang. Semoga hari lahir ini menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih indah. Luv u, girlfriend~

p/s - Baru saja jadi 24, jgn ngengada nak bising2 pasal 25 k? Lempang kang!

Saturday, January 2, 2010

Dah dua hari dalam 2010..

Tipah dah type ucapan Selamat Tahun Baru, setelah dua hari baru sedar entry tak dipublish... so entry itu telah di-scrap~

Tahun yang baru, otak yang lama... makin berkarat, makin pelupa, tapi belum tua... sangat.

*hee*

It's cliche, tapi rasa macam baru sahaja tahun lepas bertandang. Kini, dah ucap goodbye pun...
2009 membawa seribu kenangan.. pengalaman... penangan.. pengajaran..

2010 bakal membawa apa? Hanya waktu akan membongkar...

Selamat tahun baru, kengkawan. Semoga 2010 bakal menghadiahkan keceriaan, kegembiraan dan kemanisan yang 2009 terlupa hendak berikan~

Bermulanya 2010, maka bermulalah epilog dan episod yang baru dalam qalam kehidupan~