Wednesday, December 31, 2008

Hari terakhir dalam 2008.. Hari esok datang membawa bersama ia tahun yang baru.. Pantas masa berlalu.. terus meninggalkan kita.

Tahun yg sudah biar dijadikan kenangan.. manis, masam, pahit, tawar.. apa jua rasanya.

Semoga 2009 menjadi tahun yang lebih baik dari yang sudah2... buat Tipah; juga mereka di sekeliling Tipah.

AMin.


Dan hari ini juga hari ulangtahun gadis ini...


Semoga dimurahkan rezeki, disihatkan badan dan diredhai perjalanan kehidupan, InsyaAllah...

Happy Birthday, OK! *smilez*

Monday, December 29, 2008

p/s - bukan lukisan Tipah.. Tipah pinjam dan edit jer

Sunday, December 28, 2008

Minggu lepas kami ke Kluang untuk menjenguk Paklong; alang2 di sana, ambil kesempatan buat kacamata.

Jadi semalam, kami semua pulang semula ke Kluang. Kacamata kami dah siap. Mungkin ditanya kenapa ke Kluang hanya untuk membuat kacamata. Murah... *hee*

Dan kalau minggu lepas, hanya bisa memandang geram kolam belakang rumah Paklong kerana datang ke Kluang sehelai sepinggang; pagi tadi, Tipah dan adik2 lepas geram. Berjam2 berkubang di kolam; menikmatinya sejuknya air dari Gunung Lambak. Berendam ibarat badak air *hee* sehingga kecut jemari. Ibarat berbulan tidak jumpa air... Letih. Tapi best...



Kalau belakang rumah kami ader kolam camtu kan seronok??

Tuesday, December 16, 2008

15 december 2008...



Hari ini, Samurais mengucapkan selamat tinggal pada Hyder. Bukannya dia tinggalkan kami selama2nya.. hanya berhijrah ke team lain agar lebih mudah dia penuhi tanggungjawapnya sebagai seorang student. Masih bisa bertemu, masih bisa bergurau namun kekecohannya dalam team akan tetap dirasa hilangnya. Apa pun, Tipah ucapkan All The Best!



15 december 2008 ...



Hari ini seorang menggantikan tempat Hyder sebagai ahli Samurai. Faridah namanya. Nampak macam pendiam orangnya.. Nak bergurau dengannya pun Tipah dengan Yani tak tahu macamana mahu mula. Mungkin masa akan mengajar kami..



15 december 2008...


Hari ini, Tipah mula kembali bertugas secara shift... Selamat tinggal, hujung minggu!