Sunday, November 29, 2009

Awal pagi Tipah terima panggilan;
Awal pagi dia memohon maaf, dan meminta dihalalkan makan minumnya...

Hari raya kan dah habis?

Tipah lupa..

Hari ini, dia mulakan fasa baru dalam hidup.

Tipah hanya bisa mengucap tahniah dari jauh.
Pesan Tipah padanya, jaga diri leklok, jaga isteri leklok.
Pesan Tipah juga, kadangkala, apa yg kita mau tak semestinya menjadi milik kita.

Selamat Pengantin Baru, friend.
Semoga kebahagiaan menjadi penghias hidup kalian berdua.

*smilez*

Friday, November 13, 2009

Memang betul apa orang kata....

Bila kita berkongsi masalah dan kegusaran, akan terasa sedikit keringanan~
Beban emosi yang dipikul seorang seolah diangkat sedikit dari bahu...

Terima kasih, babe... kerana sudi membazir waktu melayan luahan hati ini.

Wednesday, November 4, 2009

Awal pagi, Tipah sudah bersenam... berjalan2 satu cyberspace, menjenguk2 teratak dan banglo orang lain~

Kucing gemok comey cerita tentang satay. Teman blogger IbuSinga, Cik Gerau pun ada cerita tentang satay.



Tetiba teringat satay itik kat Lau Pa Sat. Dah lama tak makan di Boon Tat Street.. pekena teh tarik dan air bandung yang manis tak seperti mamak yang jualnya sambil makan satay sambil lepak2 dan gebang2 (perkataan baru ingat camner nak guna - belajar dari umah Cik Gerau) dengan orang2 yang dikasihi~



p/s - tak teringin pun nak makan satay, cuma teringat masa2 melantak di Lau Pa Sat~