Wednesday, July 30, 2008


picture courtesy of TV3

Terpikatnya Tipah pada siri Sindarela ni kerana adanya Sharifah Amani (Zoe) dan my darling Bront Palarae (Husin). Ternyata Sindarela merupakan antara siri drama Melayu yg menarik jalan ceritanya. Mungkin ada yg melabelkan siri ini sebagai terlalu jiwang, tetapi Tipah rasa ianya sesuai sangat dgn jiwa Tipah yg sememangnya agak romantis.

Walau tamatnya siri Sindarela ini tidak seperti yg Tipah jangkakan, namun endingnya yg lari dari cliche dan norma sesebuah drama itu cukup menarik perhatian Tipah. Now that Sindarela has ended, what can i look forward to on Tuesday nights??

Drama Ku Milikmu terbitan Suhan Movies akan menggantikan Sindarela dalam slot Lestary di TV3. Walaupun ada Rosyam Noor, tapi minat Tipah pada hero seorang ini tidak sedalam dulu. Tetapi Tipah nampak seseorang yang bisa jadi eye-candy dalam drama ini --

picture courtesy of Budiey.com

Kenalkan kawan2... Nama jejaka tampan ni, Adzriefaiz. Nama pun dah hensem kan?? *senyumz*

picture courtesy of TV3

Drama Kekasihku Seru tampak menarik. Hmm.... Balik cuti nanti akan Tipah tengok

Bercakap ttg cuti, Tipah akan ke Terengganu Jumaat nanti. Tak sabar rasanya. Cepatlah berdetik wahai sang waktu....

Monday, July 28, 2008

Hari ini hari untung bertugas. Talian hotline tidak berfungsi untuk lebih 2 jam. Memberikan Tipah dan teman2 Tipah sepejabat masa untuk berehat. Mmg seronok, walaupun ada sedikit perasaan cemas kalau2 akan terima maki hamun dari ahli, pabila talian dipulihkan. Namun, Alhamdullillah... setelah lebih 2 jam bergoyang kaki, Tipah dan teman2 sambung tugasan tanpa sebarang pencemaran di telinga.. *heee*

Dan teman Tipah yg seorang ini, ambil kesempatan untuk merehatkan diri yg sememangnya mengantuk setelah makan tengahari... Bila lagi akan datang peluang sebegini, kan bang?


Heeheehee.... jgn marah, kawan. Tipah dah beritahu tadi kan???

Sunday, July 27, 2008

Kenapa Bahasa Melayu? Ada seseorang yg aju soalan ni kepada Tipah tadi...
Tipah pun tak punya jawapan.. cuma bila Tipah mulakan blog ini, tanpa sengaja Tipah menaip dalam Bahasa Melayu. Mungkin saat itu, Tipah tgh jiwa melayu kot? Atau mungkin Tipah dah biasa menaip dalam bahasa melayu gara2 banyak bergaul dgn chatters Melayu? Walau apa pun alasan Tipah, persoalannya, Kenapa Tidak? Orang putih katanya, Why Not? Bahasa Melayu kan bahasa ibunda Tipah... Lingua franca dalam nusantara.

Kenapa pula Tipah? Ada apa dengan Tipah? Yang ini pun, Tipah kurang pasti.

Yang penting, Tipah tak usik sesiapa kan?
Baru pulang dari Simpang Bedok. Bertemu dgn F4urLoVes setelah agak lama tak berjumpa. Bertemu untuk meraikan salah seorg dari kami. Itu yg acapkali terjadi.. kesibukan masing2 membuatkannya sukar untuk Tipah serta teman2 Tipah berjumpa selalu seperti dahulu. Hanya pabila ada yg perlu dirai, baru kami berkumpul.

Dan seperti selalu juga, hanya 5 dari Se7eNLoVes yg hadir. Namun Tipah tidak terkilan. Malah sudah terbiasa dgn situasi seperti itu. Sudah bertahun Tipah menyerah kalah, reda dengan ketidakhadiran mereka *smilez*. Tentu mereka juga punya hal2 masing2 kan?

Terima kasih Lin, kerana bersusah payah menjadikan pertemuan ini.
Terima kasih Yun, dan Selamat Hari Lahir teman sebulanku.
Terima kasih Odha, kerana lambat seperti biasa *hehe*
Terima kasih Bin, untuk kek hari lahir bayi2 Julai *smilez*

Terima kasih teman2ku, kerana sanggup meluangkan masa barang sedikit untuk bertemu dan bergurau ketawa.

Terima kasih untuk 13 tahun persahabatan.

Saturday, July 26, 2008

Ntah kenapa.. semenjak dua menjak ni, terdetik Tipah untuk mem'blog' kembali..

Maka, bermulalah Tipah dalam sebuah lagi perjalanan... sebuah lagi cerekarama kehidupan untuk dijadikan tatapan umum.

Tipah telah bertransisi dari seorg blogger ke seorang penyimpan diari.. namun hati bagai dicarik2 untuk mula menaip kembali.

Bukan kerana Tipah angkuh dgn plot kehidupan ini. Bukan kerana Tipah ingin meraih simpati, Hanya kerana hati ini bagaikan diketuk pintunya untuk menyambung apa yg telah Tipah tinggalkan dulu. Kenapa? Tipah sendiri tanpa jawapan...

Termaktubnya luahan rasa di sini, bukan bererti Tipah harus dinilai. Bukan bermaksud Tipah perlu dikritik. Tipah menghargai segala pendapat. Tipah menghormati semua nasihat. Namun tak bererti Tipah harus jadikannya sebahagian dari hidup Tipah.