Monday, September 21, 2009

Tipah sekeluarga masih beraya... walaupun sebahagian hati kami, kami tinggalkan di sisi perbaringannya; di samping wire2 dan mesin2 yang mengiringi tidurnya.

Ritual biasa -- dari rumah Nenek ke rumah Wak. Bedanya kali ini, hospital menjadi salah satu destinasi kunjungan kami, sebelum ke rumah Nenek Zahara menemui adik2 saudara yang amat keletah dan aktif walaupun jam di dinding sudah melewati angka 11.

Hari ini, sewaktu Tipah lewati bilik ibu untuk meletak baju di bakul gosokan, Tipah melihat masih tergantung baju raya serba baru. merah menyala di penyangkut - Baju abah yang belum sempat dipakainya~ Sayu sahaja bila Tipah renung baju itu.

Tetiba teringat lagu raya..

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka

Aidilfitri tahun ini membawa erti yang amat berbeza~

No comments: