Sunday, September 28, 2008

Tipah lihat kujur mereka mundar mandir;
Ke kiri;
Ke kanan;
Kembali kiri.
Sesekali leher ditegangkan;
Meninggikan kedudukan kepala;
Menjenguk.
Apa tujuan mereka;
Tipah kurang pasti.
Raut wajah mereka kebingungan.
Ingin skali Tipah buka mulut, bertanya;
Tuk leraikan persoalan mereka;
Juga menjawap persoalan Tipah.
Namun Tipah masih di sini;
Hanya menjadi pemerhati;
Terusan menjadi pemerhati.

Tuesday, September 23, 2008

Kesunyian ini amat kuat..
Hening ini amat memekakkan..
Aku inginkan kekecohan kelmarin..
Aku dambakan keriuhan semalam..
Wahai keceriaan..
Wahai kegembiraan..
Tandanglah kamu ke dalam dirinya..
Kembalilah dikau ke dalam hidupnya..
Sesungguh aku rindu..
Pada senyuman di wajah itu.



Tipah terasa kehilangan walaupun hakikatnya dia sentiasa ada di sebelah Tipah. 9 jam Tipah bertugas, 9 jam itu juga lah dia sentiasa di sisi. Tapi kehadiran itu hanya dihiasi sepi. Bungkam. Membisu seribu bahasa, berkata2 hanya bila perlu. Pabila ditanya, jawapan diterima hampa.

Resah. Gelisah.

Namun Tipah sedar. Dia perlukan masa. Dia perlukan ruang. Biarlah dia melayan perasaan. Biarlah dia meladeni emosi. Tipah pasti.. sampai waktunya, akan dia keluar dari kepompong dukanya.

Thursday, September 11, 2008

Minggu lepas diberi kesempatan untuk ambil half day leave. Dan memandangkan pada hari tu sebenarnya ingin Tipah ikut ibu, abah dan achik ke Kluang, Tipah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Peluang mmg Tipah tak lepaskan *hee* "Terpaksa" tinggalkan Yani tanpa teman di ofis.

Dan kebetulannya Hafiz mc hari itu, so bermulalah perjalanan kami berdua ke Kluang. Dalam perjalanan ke Larkin, JB... terkandas dalam kesesakan. Nak marah, tiada faedahnya. Pandangan ke luar tingkap ternyata mampu menghiburkan... kami terlihat....



Cantik kereta~

tapi....





Bumper plak dijadikan kanvas oleh artis amatur.. *hee*

Perjalanan penuh rintangan, namun sampai jua, walaupun hari hampir senja. Terpaksa tahan telinga dibebel abah sebab plan mereka tergendala. Apa boleh buat? Sorry aje~


Sebelum berbuka, sempat berjalan2 di sekitar kawasan rumah Paklong yang belum siap2 lagi walaupun dah setahun dikerjakan.









Langit kirmizi tak pernah tak indah... *SubhanAllah*

Monday, September 8, 2008

Kelmarin dalam perjalanan ke tempat tugas, Tipah terlihat melalui tingkap bas - Seorang ayah menanti bas sama2 anak lelakinya - mungkin 11/12 tahun - yg akan ke sekolah. Pabila bas tiba, si anak tanpa segan silu mencium pipi ayahnya. Reaksi Tipah?

Wow...

Menjadi kebiasaan sekiranya seorang anak menciumi ibunya; tetapi apa yg Tipah lihat kelmarin memang tidak pernah Tipah saksi sebelum ini. Berapa ramai anak lelaki yang sanggup memberi kucupan mesra buat ayah mereka apatah lagi melakukan ia di khalayak ramai?

Sedangkan Tipah sendiri tidak pernah menciumi abah. Tipah kagum. Benar2 kagum.

Thursday, September 4, 2008

Tipah baru sedar betapa hidup Tipah ini evolves around irc dan MNet. Buktinya terserlah pabila server MNet down ntah sejak bila tadi. Terasa bosan benar sebab tak tahu nak buat apa sambil menunggu waktu berbuka. Dan setelah berbuka dan Maghrib pun masih tak boleh nak connect... terasa sangat kebosanan yang menerpa. Nak dgr radio Mnet tak boleh, nak chat pun tak boleh, nak main Uno tak boleh, nak main kuiz pun tak boleh.... last2 tertido.. Isyak pun Tipah redah jer...

Ish, pathetic sungguh hidup eden~ I think I need to get a life. *smilez*

Wednesday, September 3, 2008

3 malam yang lepas, mereka telah lihat anak bulan. Samada betul mereka lihat atau hanya mengikut perkiraan astronomi, Tipah kurang pasti. Walau apapun, berakhirnya waktu asar hari ini menandakan genapnya 3 hari kami berpuasa... InsyaAllah.

Terlalu pantas masa berlalu... terlalu menakutkan. Tipah rasa seolah baru sahaja berhari raya dan kini Ramadhan bertandang kembali. Seronok sambut Ramadhan ni sebenarnya... peluang untuk duduk semeja sekeluarga menghadapi juadah dan mensyukuri nikmat yang ada. Kalau hari2 biasa liat untuk bangun pagi mengerjakan Subuh, sahur menjadikan ianya lebih mudah *smilez*

Tahun ni syahdu sket. Kalau tahun2 lepas, Tipah sering berbuka dengan keluarga semeja penuh juadah panas2, tahun ini agak sepi. Berbuka pun juadahnya tak dipanaskan. Angah di camp, kadangkala jer pulang. Hafiz pulak kerja petang; tak pulang langsung. Dan kecuali ibu bertugas pagi, hanya Shafiq yang ada untuk siapkan. Nasib baik ada si kecik ni yang bertanggungjawap sikit pada bulan puasa ni untuk membantu. *smilez* Tipah? Terkandas di ofis, tak dapat nak membantu. Kesian juga kat Acik. Namun kami tetap bersyukur, sbb ada mereka di luar sana yang tak mampu nak berbuka pun. Ayat cliche yang sering Tipah lafaz pada adik2 tatkala berbuka, ayat yang mengingatkan kami untuk mensyukuri apa yang ada. Sekurang2nya tidak perlu berlapar berdahaga sepanjang hari.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

InsyaAllah.. Amin.
Pagi tadi setelah sahur, Tipah terfikir "dah lama tak update blog.." Secara kebetulan, baru tadi GooNe tegur Tipah akan kekurangan update dalam blog ni... hehe... tak sangka ada yang sudi bertandang membaca. Mekasih~

Tipah rasa terpanggil untuk cerita sikit tentang si dia yang bergelar Pitt ni. Insan biasa - gemar akan Uno, kopichino dan nasi dagang - Tipah pernah gelar dia "Pembuli Rasmi #Uno" tetapi rasanya ramai yang sudah mewarisi title ni dari dia. Dan, orangnya istimewa pada mata Tipah. Bukan istimewa boyfren-girlfren tu... bukan juga istimewa OKU... tapi istimewa tersendiri. Yup, ntah kenapa, Tipah rasa dia ni unik. Pitt ni penulis; dan Tipah gemar membaca tulisannya. Tulisan yang biasa aja sebenarnya tapi penuh dengan perasaan. Tatkala membaca, dapat dirasakan emosi yang melimpah ruah *smilez*

Dan dari penulisannya, Tipah lakarkan peribadi Pitt; seseorang yg menyanjung budi seorang bonda. Seseorang yang menghargai ikatan kekeluargaan. Seseorang yang pernah (dan mungkin masih) mengagungkan cintanya. Seseorang yang zahirnya ceria namun ada tersimpan kemurungan dalam diri. Seseorang yang hidup dalam memori semalam. Dan seseorang yang sukar untuk melepaskan kenangan sudah. Mungkin tersasar tafsiran Tipah; namun Tipah pasti sedikit sebanyak ada kebenarannya. Konfiden. ^_^