Monday, July 27, 2009

Dalam bas, sudah melepasi imigresen dalam perjalanan pulang... Dari mana?... KL..


TR454 telah berlepas dari Budget Terminal 12 15 semalam dan membawa Tipah ke bumi metropolitan Kuala Lumpur. Memberikan Tipah peluang melayan jakun di antara awan2... Jakun in the skies, i call it.. *smilez*. Dari tingkap pesawat yang cukup2 untuk muat muka Tipah, Tipah mengagumi bumi ciptaan Tuhan. Mulut tak lekang dari memujiNya.. pertama kali Tipah lihat bumi dari atas. Cantik.... dan hati bertekad, suatu hari, mesti nak bawa Achik naik aeroplane juga...

Tujuan utama jejak kota KL untuk memenuhi jemputan abg Ayie dah Tipah laksanakan. Sama cantik sama hensem pasangan mempelai... Dan rendang toknya, memang sedap. Tipah nak kawin orang Perak lah camni~

Dan setelah itu, melepaskan kerinduan pada kawan2 di KL. Masa Tipah luangkan bersama Syara, Intan, Howie dan Mie. Bertahun tak jumpa Intan.... masih sama.... tak lekang mulut ngan perkataan kimak dier tu.... *Lolx*


gambar dicuri diambil dari facebook Syara... syg dedua ekor ni~


Niat hati tidak mahu pulang, tapi kerana tak sanggup bermasam muka dengan sang singa betina, Tipah pulang jua... Insyaallah akan kembali lagi~

So skrang ni, on the way ke Kovan. Destinasi terakhir bas express dari Kuala Lumpur ini...

Mengantuk.. Letih.. tapi seronok... Teringat Tipah perlu masuk kerja jam 11 nanti... hish.. sungguhmalas.com rasanya~

Sunday, July 26, 2009

Tatkala Tipah lihat status update Mon di Facebook pagi tadi, Tipah terkejut. Terkejut sekali.

Yasmin Ahmad (1958-2009)

Itu yg tertera. Innallillahi wa innalillahi raji'un.

Terbayang2 cerita Sepet, Gubra dan Mukhsin~ I loved them all.. and melalui cereka2 ini, Tipah menyayangi Yasmin Ahmad. Pemergiannya dirasai. Now, siapa lagi yang akan melahirkan produksi2 hebat seperti apa yg Allahyarhamha telah lakukan? Dan mungkinkah "Go, Thaddeus!" akan terus difilemkan, now that she is gone??

Yasmin Ahmad tunjuk Tipah apa itu kecekalan, kesabaran dan kedegilan. Seseorang direktor yang tidak ambil peduli cemuhan Sang Pengkritik kerana dia tahu dia terrer. Dan dia tahu kenyataan itu fakta dan bukan hanya ke-prasan-an diri.

*Sedih*

Al-fatihah Tipah kirim buat Allahyarhamha. Semoga rohnya ditempatkan bersama2 mereka yang beriman. Insyaallah~

Thursday, July 23, 2009

Perbolakan emosi yang teramat kuat~
Sakit hati terasa dalam sekali..
Api kemarahan membara..

Pergi mampus dengan mereka semua...
Keleweh bibir ini tanda ketidakpuasan~

Kenapa tidak bisa Tipah dibiarkan dengan cara Tipah? Dengan waktu Tipah?

Biarkan Tipah sendirian melayan hasutan Syaitan ini~ *bodoh peh makhluk*

Mood macham *censored* ... rasanya mati lebih baik dari mendengar bebelan yang makin meluapkan kebencian dalam diri~

Wednesday, July 22, 2009

Saat masing2 sudah bersedia untuk pulang, Raq beritahu kami Mai Chanoi demam panas. Dan kedegilan Mai untuk tidak mahu bertemu Tuan Doktor, menyerlahkan kedegilan kami jua untuk pastikan blind date bersama Tuan Doktor dimeterai.

Dan tatkala Kakak sudi untuk menghantar dan membayarkan, hati ini terdetik. Kerana ini kami berkawan, untuk membantu masing2 tatkala kami dirundung susah. Dan Kakak, juga punya hati. Sesuatu yang jarang kami lihat, sbb Kakak ibarat singa betina di ofis - kadangkala baik, tapi bila sudah memburu, awas!!

Tipah tidak pernah bercemas dan kekecohan, bersusah payah dan berletih jenuh semata2 untuk seorang teman yang sakit.... dan hari ini, frasa "That's what friends are for" memberi suatu makna yang baru buat Tipah.

Tuesday, July 14, 2009

Being 26 is depressing..

dan kata2 itu datang dari seseorang yang masih ada 4 hari lagi untuk menikmati usia 25~

Apa pula kata Tipah?

Being 25 is depressing enough... being 26 is even more so.

Kadangkala tatkala Tipah menjalani kehidupan harian dengan selambanya, Tipah akan terhenti seketika dan hati akan terdetik, "Hey, kamu sudah 26! Sila jangan keanak2an"

But that is just me, you see. Tipah secara semulajadinya sebegitu. Tipah tak fikir Tipah ini terlalu kebudak2an. Tipah kadangkala menggeleng melihat gelagat teman2 di ofis.. dan ini juga membuat Tipah terfikir "Gosh, am really getting old."

Yeap, Tipah semakin hari semakin tua... but then again, insan mana semakin hari semakin muda kan?? So itu bermakna Tipah normal, kan?? Pls say yes...

Thursday, July 9, 2009

8 Julai 2009, jam hayat Tipah terdetik 26, kurang lagi setahun tali hayatnya.
26 tahun setelah Ibu berhempas pulas meneran (dan mungkin menendang misi dan doktor).
26 tahun setelah tangisan pertama.
26 tahun setelah dunia dikurniakan seorang Tipah.


I thank Mum for today, 26 years ago - itulah status di MSN Tipah hari itu.

Tipah hulurkan terima kasih buat teman Spartans sekalian.
"Meeting" yang Tipah sudah jangka tujuannya cuma kurang pasti apa yang akan terjadi. Berdebar sepanjang hari, bimbang akan di'sabo' kelak. Alhamdullillah, that didnt happen.



Tiup lilin dan potong kek bersama Hady yang akan sambut ulangtahunnya sehari kemudian. Sambutan yang kecil, yang simple, dan dalam kegelapan. Hanya diterangi rembulan, dan buat seketika cahaya lilin, namun ianya tetap Tipah hargai. It's the thought that counts, and yes, i believe that.


Kemudian lepak sebentar di Simpang Bedok (mana lagi lah port kitaorg); dan terus langsung pulang ke rumah untuk bersama keluarga. Seperti biasa, sebiji kek telah menanti untuk dililinkan. Sambutan keluarga yang mandatori dan tidak menjadi kejutan lagi. Sambutan yang sama, cuma keknyer berbeda. Tapi tetap dinanti2 oleh semua ahli kluarga.. seorang yang birthday, tapi semua yang excited nak potong kek.



Puluhan messages telah Tipah terima. Di Tagged, di Facebook, di Myspace, di MSN, di YM, di IRC dan di telefon bimbit. Sehari dalam 365 hari, telefon bimbit Tipah busy sangat mengirim sms ke inbox. Terima kasih ahli keluarga, teman2 rapat, teman2 kurang rapat, teman2 jauh dan juga complete strangers yang sudi ambil secuit masa dari kehidupan yang sibuk untuk berhenti sebentar dan mengucapkan selamat buat Tipah.


Dan pabila orang tanya Tipah, dapat present apa birthday kelmarin?, Tipah akan menjawap, 2 biji kek dan kasih sayang daripada keluarga dan teman2. Memadai bagi Tipah.

Selamat hari Lahir, Siti Nur Affidah!!

Tuesday, July 7, 2009

KL gerek...

KL + 3 Spartans yang giler = LEBIH gerek.

Dari saat awal pagi berjumpa, sehingga waktu awal pagi berpisah, waktu yg diisi, perjalanan yang dilalui tidak lekang dengan hilai tawa dan gelak gembira.

3 jam setengah dalam bas terasa seperti terlalu lama, terasa seolah desakan jeritan Kota KL memanggil terlalu kuat. Are we there yet? .. itu yg sering Tipah dengar dari tempat duduk belakang. Dan Raq di sebelah, lena layan mimpi kerana tidak tidur semalaman. Excited + takut tak bisa bangkit. *lol*



Sampai di Kuala Lumpur, tidak sabar mau jelajah kota metropolitan itu, tapi jumpa sahaja katil, semua berdengkur layan letih. Dan petang itu, kami tinggalkan tapak kaki di Sungei Wang juga Bintang Walk setelah isi perut di PuduRaya dengan maggi goreng, nasi goreng paprik dan tongkeng ayam. Jenuh melayan teman2, terasa seperti melayan anak2 kecil yang terlalu excited. Namun keseronokan yang Tipah mengatasi keletihan yang ada.

Seharusnya malam pertama di Kuala Lumpur dihabiskan melepak bersama abg burger kegemaran kami.... tapi.... zzzzzz.... Abg Bo terpaksa dibuih. Nikmat tidur lebih menarik.


Hari esok, Jalan Masjid India pula diredah. Setelah sekian lama Tipah tak jalan di bazar hari Sabtu, kali ini Tipah menyusur jalan sempit, dikerumuni orang ramai dan berasak sambil mata melilau melihat makanan dan barangan. Cari tudung untuk nenek Yanee & ibu Mai sambil mulut mengunyah sekian apa yang ada di bimbit plastik. *lol*


Dan setelah mereka pulang ke kamar, Tipah redah butik kegemaran Tipah sendirian - Petaling Street. Mencari barangan pesanan adik2, kalau sebelum ini mereka merungut Tipah sering pulang tangan kosong, kali ini, Tipah tunaikan permintaan mereka. Beg duit, jersey Arsenal, lighter dan Chanel No. 5 kegemaran ibu. Lebih aman shopping sendirian~ *lol*


Malam pula ke Aloha. Berdansa sambil mengusya dan diusya~ Satu perkara yang Tipah hanya lakukan di Kuala Lumpur~ Dan walaupun letih, Tipah langsung ke Taman Kosas, Ampang dan melepak bersama Mie. Sementara, mereka tunai janji melepak bersama Abg Bo. ..

Hari terakhir di kota KL menggamit keengganan masing2 untuk pulang. Terasa berat hendak melangkah. Semasa menunggu waktu untuk pulang, kami ke Times Square, menghiburkan hati dengan melepak di Starbucks dan menonton Ice Age 3.



Tipah bangga menjadi heroine... menyelamatkan sebelah selipar yang telah dilenyek dua kali di tengah2 Jalan Imbi. Andaikata selipar itu punya nyawa, maka ianya telah selamat kembali kepadaNya. Dan saat itu, Tipah sedar betapa telefon bimbit Tipah tinggi harganya dalam hidup Tipah; sehingga Tipah sanggup untuk pungut handphone yg tercicir tanpa melihat keaadan jalanraya dahulu. Kerja gila!

Sampai di rumah jam 05 30 pagi semalam, dan semalam jua, Tipah dan Yanee tersengguk2 di ofis menahan ngantuk. *lol* Kalau diberi pilihan, ingin sekali Tipah putar waktu, dan lalui semuanya kembali. Oh well... orang putih kata, life goes on. Selamat Kembali ke dunia realiti, Ms Tipah~

Friday, July 3, 2009

Semenjak semalam, beg tidak terkemas, tergendala kerana Tipah lebih berminat untuk mengadap Encik Ideapad walaupun hati berkobar2 tidak sabar menanti waktu untuk melangkah keluar dari rumah.

Tapi kini.. semuanya sudah dikemas, dan Tipah sudah bersiap.

Waktu bertolak : 15 min lagi...

Hanya sempat tidur setengah jam sahaja. Mengantuk tapi tak sabar...

Tipah minta diri dulu~

Thursday, July 2, 2009

Tipah sedar dah hampir sebulan blog Tipah sepi. Tanpa cerita, Tanpa cereka...

Semasa Tipah pulang dari cuti2, orang ramai bertanya akan kehilangan Tipah secara tetiba...

Kerna perginya Tipah tempoh hari tanpa salam mahupun ucapan gudbye di IRC... Kerna secara tiba2 IRC Tipah tidak dapat distart aplikasinya setelah Tipah tersalah cabut plug..
Tuduhan dari Isten dan Gung - Tipah pergi dating bersama Dr Hensem... LOL... i wish!!

Dan setelah itu, Tipah tidak menjenguk blog...
Mungkin kerana dilanda kesibukan...
Tapi lebih berkemungkinan dilanda kemalasan.. heh...

Sampai suatu ketikanya, Encik Acer meninggal mengejut... *sigh* .. Ibarat kehilangan separuh nyawa.. namun akhirnya Tipah pasrah dan anggap ianya sebagai sesi detox...

Jauhkan diri dari laptop dan dunia siber yg acapkali mengambil purata besar dari 24jam yg dikurniakan Tipah. Memberi peluang untuk Tipah tonton tv, baca buku dan membuat perkara2 yg Tipah sering pinggirkan semenjak sibuk bermain wargen dan mafia wars. *heh*

11Jun09 - 13Jun09

Tipah telah ke Perak (akhirnya).. jauh perjalanan hanya untuk memberi kesempatan pada Ibu yang ingin sekali melihat menara Pisa versi Malaysia... Menara Condong Teluk Intan. Tak dapat ke Itali, yang ini pun jadi lah.

Daihatsu Materia yang telah menarik perhatian raaaaamai org sepanjang perjalanan...
nampak kecil, tapi selesa...


Kerana menara condong, kami condong sama.

Muka awal pagi, belum mandi semenjak malam semalam~

Dan setelah itu ke Kuala Lumpur, Melaka (terkilan lagi nak makan ikan bakar Umbai) dan Muar (terubat rindu pada mee bandung Muar yg ibu label ianya ibarat mee rebus... apa2 saja lah, yg penting sedap) sebelum singgah sebentar di Kluang.

Penat.
Adakalanya menyakitkan hati.
Tapi tetap best.
Cuti mmg seronok~ no matter how sucky it can get~

Dan semenjak pagi tadi, Tipah sepatutnya mengemas beg... Mengisi apa yg patut untuk dibawa ke KL. YES!! Tipah akan bercuti lagi.. kali ini bersama teman2 Spartans yang gila2..

"Cuti LAGI??" - Itu reaksi setiap teman online Tipah bila Tipah menjawap Tipah hendak berkemas.. Heh. Tipah baru sedar, beberapa bulan ni Tipah asik bercuti jer~ *heeee*

Hari ini, Tipah ada laptop baru!!
Encik Lenovo Ideapad.. buah hati Tipah yang baru, pengganti Encik Acer Travelmate yang meninggal dunia tanpa sempat Tipah buat CPR~



Tipah sebenarnyer nak cerita. Tapi sebentar lagi lah Tipah cerita k? Tipah ingin gode2 Encik Lenovo semoment~ Syukernyerrrr ai...

Eskus me, please~