Friday, April 24, 2009


Perkataan yang sesuai untuk bayangkan keadaan Tipah saat ini. Cuaca yang teramatlah panas + Tanpa teduh + Tanpa angin + Tanpa aircond = Penatttttttt!!

Baru pulang dari Tekong... menghantar seseorang untuk NS enlistmentnyer. Dibawa keliling camp Tekong, untuk melihat sendiri living conditions seseorang rekrut. Ahhh... untuk seketika, terasa diri ini bagai seorang rekrut.. bukan kerana dibawa sekeliling, tapi kerana layanan mereka yang kadangkala membuat Tipah rasa seperti suruhan~ atau mungkin Tipah ni overreacting jer ~


Dan dapat jua merasa makanan seorang rekrut... not exactly restaurant; but not too bad either. Tapi Tipah rasa kalau hari2 menghadap makanan sedemikian, aduhaiii... minta ampun. Membuat Tipah mensyukuri nikmat makanan yang ada di rumah.

Apa2 pun Tipah pasti BMT adalah suatu rintangan dalam perjalanan hidup seorang anak lelaki Kota Singa yang menyeronokkan walaupun perit untuk dilalui. Tidak pernah Tipah jalani, namun Tipah garapkan gambaran ianya seperti a strenuous overnite camp that lasts forever. *lol* Ntahlah... rasa2nya tak mahu Tipah laluinya.

Anyway, hari ini Tipah "kehilangan" seorang teman... teman bowling, teman berendam di kolam belakang rumah Paklong, teman jalan2, teman bergasak tiap malam, teman yg sering orang lain anggap boifren Tipah, teman yang sejak zaman sekolah Tipah sochaikan untuk mengikut Tipah shopping agar bisa beri Tipah pendapat... Ibu kata Tipah akan kehilangan kaki dan Ibu syorkan inilah masanya untuk Tipah mencari teman lelaki. *gelak* The things Ibu akan kata untuk membuat Tipah berteman lelaki....



So itu dia. No more FiiZ Fabregas. He's now Recruit Muhammad Hafiz bin Roslan. All the best bro!! Walaupun jarak usia lebih jauh berbanding antara Tipah dengan Angah, Tipah lebih rapat dengan adik Tipah yang kedua ni. Dan kerana itu, Tipah pasti Tipah akan rinduinya.


Recruit Muhammad Hafiz has reported for duty, Sir!! Uwaaaaaaaaa... takde teman nak ajak bowling ni!!!

Wednesday, April 22, 2009

Hari ini, jom luangkan secebis ingatan buat Sang Bumi yang telah berjasa kepada kami, ibu abah kami, datuk nenek kami, moyang kami dan mereka2 yang telah berteduh di tanah pinjaman Tuhan sebelum kami... terasa skema habis ayat

Selamat Hari Bumi, kengkawan!!

Hari ini genap 22 tahun insan ini melihat dunia. Terima kasih kepada mama beliau yg tabah mengharungi 9 bulan agar dapat dia menikmati keindahan dunia, agar boleh dia menyabari keburukan manusia, agar bisa Tipah mengenalinya~

Selamat Hari Ulangtahun,
~Muhammad Khairul Amin bin Roslim~

Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan sepanjang kehidupan, Insyaallah~

Tuesday, April 21, 2009

Kebosanan yang terserlah nyata...

Encik Bosan ibarat si tinggi besar yang duduk depan Tipah dalam pawagam lalu membuat Tipah sukar untuk melihat apa yang berlaku di layar lebar. Yang Tipah lihat hanya rambut besar Encik Bosan..

Eskius me Encik Bosan.. boleh tak kalau you tepi sikit?? You menghalang penglihatan i lah.

Sunday, April 19, 2009


Haaaaa??? Amylea tersingkir dari OIAM3?? Haizz... sedihnya :( Amylea adalah peserta yang Tipah favourite sangat selain daripada Tomok.. Kecil molek tapi berbakat gergasi. Antara alasan untuk Tipah menjengah lelaman web 8TV saban minggu~

Haizz.. OIAM3 takkan sama tanpa Amylea..

Saturday, April 18, 2009

Setiap kali Tipah hampir berjaya ketepikan segala2nya, ianya akan kembali mengetuk pintu Tipah. Perasaan ini sering memainkan hati Tipah... sungguh kejam ia.

Ya Tuhan, aku mohon kekuatan..

Friday, April 17, 2009

Andai kata suatu hari , you lihat online bank statement, dan you terlihat ini....

Dan andaikata suatu hari, you terima surat dari peguam, dan you terlihat ini....

Wow, bukan?? Apa yang you lihat di atas Tipah yang punya... tapi.. haizz... alangkah baiknya sekiranya ianya realiti. *smilez*

WARGEN. Game IRC yang membuat Tipah terpaku depan laptop seharian, kadangkala hingga ke pagi menunggukan resets agar bisa Tipah rompak bank and godam akaun bank orang. *laffs*

Tipah pernah mula bermain suatu ketika dulu, tapi gara2 Wargen membawa diri dari server Malaynet, terbengkalai begitu saja. Kali ini, gara2 Goone, Tipah terjebak kembali....

Ni sumer Goone punya pasal.....

Tuesday, April 14, 2009

Tipah baru pulang.. Letih.

Dari KL ke Muar. Dari Muar ke JB. Dalam masa 3 hari.

Mai panggil Tipah gila tatkala Tipah telefon beritahu mereka Tipah berada di KL petang Sabtu kelmarin. *lolz* Lepak bersama Mai, berdansa dan bergelak dengan gelagat penghuni dan pengunjung kota di Aloha. Kemudian berembun semalaman bersama Mai dengan Abang Burger dan teman2nya.



Dan tanpa tidur, setelah berhujan di wilayah metropolitan itu, Tipah sambung perjalanan petang Ahad ke Muar - bandar Maharani yang terkenal dengan mee bandungnya - demi menunaikan harapan seorang kakak yang telah saban kali mengajak Tipah bermalaman di rumahnya.

Pagi Isnin, Tipah jelajah bandar Muar, berjalan kaki menahan terik sebelum ke JB untuk berbowling bersama ibu dan adik2.

Aduhaiii.... Letih tapi seronok. Boss!! Tipah ingin terus bercuti!!!

Friday, April 10, 2009

Kamu lihat besar mataku hilang~
Semakin mengecil..
Bersembunyi di sebalik bundar pipi..

Kamu lihat alis bibir ku melebar~
Menjadi ibarat sabitnya bulan..
Perlahan mengorak senyuman..

Kamu lihat ceria menjadi teman aku~
Kamu lihat bahagia menjadi rakan aku~
Kamu lihat riang menjadi taulan aku~

Tapi apakah semua itu sahabat sejati aku?


Ntah kenapa, Tipah terasa jiwa ini kosong. Seolah ada sesuatu yang telah pergi, dan meninggalkan kaviti dalam diri ini. Seolah ada sesuatu yang telah bertolak, dan meninggalkan kontang dalam hati ini. Apakah ia? Tipah kurang pasti...

Tatkala ini, mungkin Tipah tersenyum. Tatkala ini, mungkin Tipah bergelak. Namun jauh di sudut nurani, Tipah merundung kehilangan sesuatu. Di akhir hari, masih ada sesuatu yang belum terisi. Mungkinkah masa kan khabarkan? *Keresahan*


Cuba kudalami
Sampai termimpi mimpi
Namun apa yang ku jumpa
Semuanya sama

Berkecamuk hati
Hatinya sendiri
Persoalannya kini
Sampai bila mampu ku bertahan
Mampukahku bertahan


:: Hujan - Dugaannya ::

Sunday, April 5, 2009

Kalau hari2 sebelum ini, Langit hanya berkabung mendung; kadangkala tempias airmatanya sedikit memercik. Namun saat ini Langit menangis hebat. Mungkin terlalu rawan.. Lebat tangisannya mencurah, membasahi tanah pinjaman Tuhan, dan mungkin segelintir kaum Adam dan Hawa yang terperangkap dalam luahan berairmata Sang Cakerawala.

Saat ini Tipah bersyukur. Pegun. Sekian lama tidak Tipah lihat hujan selebat ini. Dan saat ini, Tipah terfikir, alangkah seronoknya kalau Tipah berada di luar, lencun dek hujan.

*smilez* Dah lama tak main hujan....

Thursday, April 2, 2009

Terasa ingin duduk di bilik air lama sedikit. Terasa ingin membuang segala toksik di badan. Terasa ingin melegakan perut yang kian memulas...

Namun padabila Tipah fikirkan ia... kegusaran.

Masakan haiwan sekecil itu mampu membuat Tipah sebesar ini kalut.. namun itu lah kenyataan. Binatang kecil itu membuat Tipah cukup terganggu. Binatang kecil itu cukup buat Tipah terusik.

Lantas keinginan itu Tipah tolak ke tepi. Lebih rela Tipah melayan perut yang sakit daripada terus berada dalam kamar yang sama dengan binatang itu...

Persoalannya, sampai bila? Celaka binatang itu... Aduh...

Wednesday, April 1, 2009

Selesai sudah satu lesson...

Sesuatu yang agak mudah, namun dalam hati Tipah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya ia.

Adjust tempat duduk.
Adjust cermin sipi.
Adjust cermin depan.
Adjust tali pinggang keledar.
Masuk gear 1.
Lepaskan clutch.

oops....

Lupa turunkan handbrake... *heee*

Ke depan. Reverse. Ke depan lagi. Reverse. Ke depan lagi. Reverse. Lepas tu drive balik ke pintu depan pusat memandu.. haaaaaaaaaaaa?????? Sumpah Tipah terkejut, kembali berdebar hati.. dag dug dag dug dag dug... tapi sampai jua.

Alhamdullillah, pembelajaran pertama berjalan tanpa sebarang kecelakaan.