Thursday, September 3, 2009

Berbuka puasa di Spize, Simpang Bedok semalam bersama para Spartans~

Makan-makan. Gelak-gelak. Makan-makan. Gelak-gelak. Memang itu lah Spartans setiap kali berkumpul di Simpang.
Aglio Olio. Seafood Carbonara. Chicken Cremevara. Ais Limau. Sirap Limau. Standard order.. heh...

Abg2 di situ rasanya sudah kenal dengan kami. Terasa seperti mendapat personalised service bila kami di sana. Ala-ala VIP lah konon~ hehehe....

Dan tiba sahaja musim Ramadhan, tiba juga keinginan Yani untuk menginaikan orang. Ibarat satu fetish untuk minah seorang ni. Ramadhan lepas saja, Tipah ntah berapa kali bertukar design di tangan. Hilang saja inai di tangan, diinaikan lagi. Dan Ramadhan ini, sama saja situasinya. Diheret Tipah ke bazar Geylang untuk beli inai, dan semalam bermulalah projek Ramadhannya. Dalam keterpaksaan, sekurang2nya Tipah tak perlu berasak2 dengan orang2 lain sambil menunggu inai di tangan kering. Free of charge lagi... Harga istimewa dari seorang teman baik... *smilez*

No comments: