Wednesday, July 22, 2009

Saat masing2 sudah bersedia untuk pulang, Raq beritahu kami Mai Chanoi demam panas. Dan kedegilan Mai untuk tidak mahu bertemu Tuan Doktor, menyerlahkan kedegilan kami jua untuk pastikan blind date bersama Tuan Doktor dimeterai.

Dan tatkala Kakak sudi untuk menghantar dan membayarkan, hati ini terdetik. Kerana ini kami berkawan, untuk membantu masing2 tatkala kami dirundung susah. Dan Kakak, juga punya hati. Sesuatu yang jarang kami lihat, sbb Kakak ibarat singa betina di ofis - kadangkala baik, tapi bila sudah memburu, awas!!

Tipah tidak pernah bercemas dan kekecohan, bersusah payah dan berletih jenuh semata2 untuk seorang teman yang sakit.... dan hari ini, frasa "That's what friends are for" memberi suatu makna yang baru buat Tipah.

No comments: