Thursday, July 2, 2009

Tipah sedar dah hampir sebulan blog Tipah sepi. Tanpa cerita, Tanpa cereka...

Semasa Tipah pulang dari cuti2, orang ramai bertanya akan kehilangan Tipah secara tetiba...

Kerna perginya Tipah tempoh hari tanpa salam mahupun ucapan gudbye di IRC... Kerna secara tiba2 IRC Tipah tidak dapat distart aplikasinya setelah Tipah tersalah cabut plug..
Tuduhan dari Isten dan Gung - Tipah pergi dating bersama Dr Hensem... LOL... i wish!!

Dan setelah itu, Tipah tidak menjenguk blog...
Mungkin kerana dilanda kesibukan...
Tapi lebih berkemungkinan dilanda kemalasan.. heh...

Sampai suatu ketikanya, Encik Acer meninggal mengejut... *sigh* .. Ibarat kehilangan separuh nyawa.. namun akhirnya Tipah pasrah dan anggap ianya sebagai sesi detox...

Jauhkan diri dari laptop dan dunia siber yg acapkali mengambil purata besar dari 24jam yg dikurniakan Tipah. Memberi peluang untuk Tipah tonton tv, baca buku dan membuat perkara2 yg Tipah sering pinggirkan semenjak sibuk bermain wargen dan mafia wars. *heh*

11Jun09 - 13Jun09

Tipah telah ke Perak (akhirnya).. jauh perjalanan hanya untuk memberi kesempatan pada Ibu yang ingin sekali melihat menara Pisa versi Malaysia... Menara Condong Teluk Intan. Tak dapat ke Itali, yang ini pun jadi lah.

Daihatsu Materia yang telah menarik perhatian raaaaamai org sepanjang perjalanan...
nampak kecil, tapi selesa...


Kerana menara condong, kami condong sama.

Muka awal pagi, belum mandi semenjak malam semalam~

Dan setelah itu ke Kuala Lumpur, Melaka (terkilan lagi nak makan ikan bakar Umbai) dan Muar (terubat rindu pada mee bandung Muar yg ibu label ianya ibarat mee rebus... apa2 saja lah, yg penting sedap) sebelum singgah sebentar di Kluang.

Penat.
Adakalanya menyakitkan hati.
Tapi tetap best.
Cuti mmg seronok~ no matter how sucky it can get~

Dan semenjak pagi tadi, Tipah sepatutnya mengemas beg... Mengisi apa yg patut untuk dibawa ke KL. YES!! Tipah akan bercuti lagi.. kali ini bersama teman2 Spartans yang gila2..

"Cuti LAGI??" - Itu reaksi setiap teman online Tipah bila Tipah menjawap Tipah hendak berkemas.. Heh. Tipah baru sedar, beberapa bulan ni Tipah asik bercuti jer~ *heeee*

No comments: