Thursday, July 9, 2009

8 Julai 2009, jam hayat Tipah terdetik 26, kurang lagi setahun tali hayatnya.
26 tahun setelah Ibu berhempas pulas meneran (dan mungkin menendang misi dan doktor).
26 tahun setelah tangisan pertama.
26 tahun setelah dunia dikurniakan seorang Tipah.


I thank Mum for today, 26 years ago - itulah status di MSN Tipah hari itu.

Tipah hulurkan terima kasih buat teman Spartans sekalian.
"Meeting" yang Tipah sudah jangka tujuannya cuma kurang pasti apa yang akan terjadi. Berdebar sepanjang hari, bimbang akan di'sabo' kelak. Alhamdullillah, that didnt happen.



Tiup lilin dan potong kek bersama Hady yang akan sambut ulangtahunnya sehari kemudian. Sambutan yang kecil, yang simple, dan dalam kegelapan. Hanya diterangi rembulan, dan buat seketika cahaya lilin, namun ianya tetap Tipah hargai. It's the thought that counts, and yes, i believe that.


Kemudian lepak sebentar di Simpang Bedok (mana lagi lah port kitaorg); dan terus langsung pulang ke rumah untuk bersama keluarga. Seperti biasa, sebiji kek telah menanti untuk dililinkan. Sambutan keluarga yang mandatori dan tidak menjadi kejutan lagi. Sambutan yang sama, cuma keknyer berbeda. Tapi tetap dinanti2 oleh semua ahli kluarga.. seorang yang birthday, tapi semua yang excited nak potong kek.



Puluhan messages telah Tipah terima. Di Tagged, di Facebook, di Myspace, di MSN, di YM, di IRC dan di telefon bimbit. Sehari dalam 365 hari, telefon bimbit Tipah busy sangat mengirim sms ke inbox. Terima kasih ahli keluarga, teman2 rapat, teman2 kurang rapat, teman2 jauh dan juga complete strangers yang sudi ambil secuit masa dari kehidupan yang sibuk untuk berhenti sebentar dan mengucapkan selamat buat Tipah.


Dan pabila orang tanya Tipah, dapat present apa birthday kelmarin?, Tipah akan menjawap, 2 biji kek dan kasih sayang daripada keluarga dan teman2. Memadai bagi Tipah.

Selamat hari Lahir, Siti Nur Affidah!!

3 comments:

Anonymous said...

happybirthday adikkk wakakkakaa gung terlepas pandang walaupun agak terlewat huhuhu hakahakak.. maklum usia dah tua..

apapun doa yang ikhla dari gung moda adikk bahgia seadanya disini dan disana....

Anonymous said...

adikkk sape ek lelaki yg butak ckit tuh????
hakhak!~

Encik Jurassic said...

ouh2,cik tipah punye bedey dah lepas?
muahaha,taktaw pun cik tipah dah tua,wakakak~
26 tahon~
papepun,happy belated bupday kepada cik tipah.
:D