
TR454 telah berlepas dari Budget Terminal 12 15 semalam dan membawa Tipah ke bumi metropolitan Kuala Lumpur. Memberikan Tipah peluang melayan jakun di antara awan2... Jakun in the skies, i call it.. *smilez*. Dari tingkap pesawat yang cukup2 untuk muat muka Tipah, Tipah mengagumi bumi ciptaan Tuhan. Mulut tak lekang dari memujiNya.. pertama kali Tipah lihat bumi dari atas. Cantik.... dan hati bertekad, suatu hari, mesti nak bawa Achik naik aeroplane juga...
Tujuan utama jejak kota KL untuk memenuhi jemputan abg Ayie dah Tipah laksanakan. Sama cantik sama hensem pasangan mempelai... Dan rendang toknya, memang sedap. Tipah nak kawin orang Perak lah camni~
Dan setelah itu, melepaskan kerinduan pada kawan2 di KL. Masa Tipah luangkan bersama Syara, Intan, Howie dan Mie. Bertahun tak jumpa Intan.... masih sama.... tak lekang mulut ngan perkataan kimak dier tu.... *Lolx*
gambar dicuri diambil dari facebook Syara... syg dedua ekor ni~
Niat hati tidak mahu pulang, tapi kerana tak sanggup bermasam muka dengan sang singa betina, Tipah pulang jua... Insyaallah akan kembali lagi~
So skrang ni, on the way ke Kovan. Destinasi terakhir bas express dari Kuala Lumpur ini...
Mengantuk.. Letih.. tapi seronok... Teringat Tipah perlu masuk kerja jam 11 nanti... hish.. sungguhmalas.com rasanya~


Tiup lilin dan potong kek bersama Hady yang akan sambut ulangtahunnya sehari kemudian. Sambutan yang kecil, yang simple, dan dalam kegelapan. Hanya diterangi rembulan, dan buat seketika cahaya lilin, namun ianya tetap Tipah hargai. It's the thought that counts, and yes, i believe that.

KL + 3 Spartans yang giler = LEBIH gerek.


Malam pula ke Aloha. Berdansa sambil mengusya dan diusya~ Satu perkara yang Tipah hanya lakukan di Kuala Lumpur~ Dan walaupun letih, Tipah langsung ke Taman Kosas, Ampang dan melepak bersama Mie. Sementara, mereka tunai janji melepak bersama Abg Bo. ..
Tipah telah ke Perak (akhirnya).. jauh perjalanan hanya untuk memberi kesempatan pada Ibu yang ingin sekali melihat menara Pisa versi Malaysia... Menara Condong Teluk Intan. Tak dapat ke Itali, yang ini pun jadi lah.

