Thursday, March 5, 2009

Semalam, setelah 4 hari melingkar dalam rumah, sepatutnya Tipah keluar dengan Yanee untuk tonton My Bloody Valentine 3D. Macam best jerrrr... Kebetulan Yanee pun on leave. Tapi kerana kebetulan ibu MC 2 hari, Tipah kansel date dengan Yanee sebab jarang dapat hari off yg sama dengan ibu.

Mula2 plan ingin ke Muar. Memandang tak ada kereta, kami batalkan niat. Dan Tipah ajak adik2 main bowling. Dah lama teringin hendak berbowling, tapi setiap kali ada sahaja halangan. Semalam, keinginan menjadi nyata.. *hee*




Sepanjang pagi buta ni pula, Tipah asyik main games di Facebook. Geoworld dan kemudian terjumpa pulak game bowling. Dah puas main bowling semalam, pagi ni Tipah tercangak depan laptop main bowling maya.

Sekejap lagi, kami akan bertolak ke Muar/Melaka pula. Tipah, Hafiz, Acik, Ibu dan Abah... dengan Lancer Along Mang, seperti biasa. Niat hati pukul 8am nak bangun, sekarang dah 7.44am. Kalau tidur, buat sarat saja. Tapi takpe lah ehk... Tipah tidur semoment~ Eskus me...

No comments: