Tuesday, March 31, 2009

Tertarik Tipah dengan kenyataan salah seorang pengunjung blog Tipah ini....

".. and got stuck by the way u use your malay.."

Tipah tak pernah terfikir bahawa satu hari nanti blog Tipah akan dipenuhi catatan berbahasa melayu. Semasa Tipah mula memblog dalam bahasa ibunda, tak pernah Tipah menjangka ada yang akan tertarik dengan penggunaan bahasa ini. Tipah bukan seorang yang terlalu fasih berbahasa melayu; Perbualan harian Tipah bersama teman2 lebih cenderung kepada bahasa orang2 yg datuk moyang kami gelarkan Mat Salleh... bahasa asing. So terasa pelik pabila mendapat komen sedemikian. Teringat plak pendapat seorang teman Tipah .... "terasa cam baca novel melayu bila baca blog kau". *lolz*

Apa2 pun, kepada Lynn, siapa jua you, salam perkenalan Tipah hulurkan.... dan terima kasih kerana sudi menjenguk blog anak melayu ini. *smilez*

1 comment:

Anonymous said...

ermmm........be ur best jak adikk tengok adikk dari jauh jee... tengok dekat2 kang kena baling ngan piring mangkuk tandas