Saturday, July 26, 2008

Ntah kenapa.. semenjak dua menjak ni, terdetik Tipah untuk mem'blog' kembali..

Maka, bermulalah Tipah dalam sebuah lagi perjalanan... sebuah lagi cerekarama kehidupan untuk dijadikan tatapan umum.

Tipah telah bertransisi dari seorg blogger ke seorang penyimpan diari.. namun hati bagai dicarik2 untuk mula menaip kembali.

Bukan kerana Tipah angkuh dgn plot kehidupan ini. Bukan kerana Tipah ingin meraih simpati, Hanya kerana hati ini bagaikan diketuk pintunya untuk menyambung apa yg telah Tipah tinggalkan dulu. Kenapa? Tipah sendiri tanpa jawapan...

Termaktubnya luahan rasa di sini, bukan bererti Tipah harus dinilai. Bukan bermaksud Tipah perlu dikritik. Tipah menghargai segala pendapat. Tipah menghormati semua nasihat. Namun tak bererti Tipah harus jadikannya sebahagian dari hidup Tipah.

No comments: