Sunday, July 27, 2008

Baru pulang dari Simpang Bedok. Bertemu dgn F4urLoVes setelah agak lama tak berjumpa. Bertemu untuk meraikan salah seorg dari kami. Itu yg acapkali terjadi.. kesibukan masing2 membuatkannya sukar untuk Tipah serta teman2 Tipah berjumpa selalu seperti dahulu. Hanya pabila ada yg perlu dirai, baru kami berkumpul.

Dan seperti selalu juga, hanya 5 dari Se7eNLoVes yg hadir. Namun Tipah tidak terkilan. Malah sudah terbiasa dgn situasi seperti itu. Sudah bertahun Tipah menyerah kalah, reda dengan ketidakhadiran mereka *smilez*. Tentu mereka juga punya hal2 masing2 kan?

Terima kasih Lin, kerana bersusah payah menjadikan pertemuan ini.
Terima kasih Yun, dan Selamat Hari Lahir teman sebulanku.
Terima kasih Odha, kerana lambat seperti biasa *hehe*
Terima kasih Bin, untuk kek hari lahir bayi2 Julai *smilez*

Terima kasih teman2ku, kerana sanggup meluangkan masa barang sedikit untuk bertemu dan bergurau ketawa.

Terima kasih untuk 13 tahun persahabatan.

No comments: