Monday, May 17, 2010

Apa lah nasib Tipah...

Gara2 ingin menunaikan jemputan di kota Singa, Tipah bertolak pulang dari Kuala Lumpur awal pagi 0530.

Tiba di Alor Gajah, nak elakkan kemalangan di sebelah kanan, Tipah lalu di sebelah kiri... dan langgar entah-apa-kebenda dalam kegelapan lebuhraya. Ranap rim kereta, tayar pun kempis. Nasib baik ada penawar hati tiga jejaka hensem lagi baik hati yang cuba membantu walaupun gagal. Abang2 PLUS juga lah mampu menolong...


Dengan tayar spare, Tipah teruskan perjalanan ke Kluang untuk ambil ubat abah yang tertinggal semasa dia pulang dari rumah Paklong. Terkemut2.. geram jer Tipah pandang kereta2 yang pecut belah kanan Tipah. Nak ikut pecut, tak boleh.. *haiz*

09:34, Taman Desa Kluang...

*Banggg* Dilanggar dari belakang saat berhenti di junction. Menggigil lalu menangis...

Ya Allah, lesen memandu baru 7 bulan, dah eksiden. Telefon Paklong.. Paklong telefon ke Singapura beritahu ibu abah. Petang tu, bukan sahaja ibu dan abah yang naik Kluang.. Along Mang, Kak Ena, Cik Atit & Aunty Masha pun ada... uish... terasa disayang~


Diescort pulang dua kereta ibarat ada permaisuri dalam kereta.. *hee*

Sekarang ni tengah pening fikirkan hendak bayar ganti rugi pada empunya kereta... *haiz*

No comments: