Friday, October 23, 2009

Tipah jalan2 ke perkarangan keluarga Singa. Terbaca dialog IbuSinga dengan AyahSinga. (Of coz lah Tipah pandai bahasa Singa.. Tipah kan anak Singapura~)

Tipah tersenyum sendiri.

Bukan gila.

Tapi teringat kali pertama Tipah memandu setelah mendapat lesen.

Sebelum tu, ibu Tipah beri komen - baru dapat lesen dah nak drive jauh2?

Bukan jauh mana pun.. Kluang saja. Kira-kira 2 jam perjalanan setelah meredah kastam. 2 jam yang penuh kesabaran.

Kalau biasanya Abah di depan, Tipah di belakang, kali ini kami bertukar tempat. Ya Allah, macam kena TP lagi skali!!!

Tapi Tipah bersyukur, kerana dengan adanya pengalaman satu jam lebih itu, Tipah sekarang pandai pandu di highway. Expressway di Singapura cikai aja rasanya. Eksyen lah pulak~

Keluar dari lebuhraya, kereta hampir melayang...terdiam Abah seketika. Jalan Simpang Renggam - Kluang mengajar Tipah memandu lewat jalanraya yang penuh turns dalam keadaan yang super gelap.

Apa2 pun, Abah, Tipah, Hafiz dan Shafiq selamat juga sampai ke Gunung Lambak, tempat berteduhnya Paklong sekeluarga.

Terer juga ehk Tipah? Alamak, teraksyen lagi sekali.... ^_^"

2 comments:

Anonymous said...

'kereta hampir melayang..terdiam Abah seketika..'
Terdiam ketakutan ke...Terdiam kekaguman...
kaki abah still tekan brek even kat seat belakang kan...

Tipah said...

LOL.. ntah lah kak....~ tak nampak... yg pasti, dia terdiam...