Friday, August 21, 2009

Mereka kata bulan ini penuh berkat.
Mereka kata bulan ini penuh fadilat.
Dan mereka kata bulan ini, Syaitan diikat *jelir lidah kat segala syaitan yang ada*

Bulan ini, pintu syurga terbuka luas,
Bulan ini, pintu neraka tertutup rapat,
Dan Bulan ini, teh O menjulang popularitinya di rumah Tipah...

Begitu pantas masa berlalu...
Selamat datang Ramadhan; kita bertemu kembali,
Masuklah... kedatangan sentiasa dinanti.

Bagi Tipah, nikmat puasa di bulan Ramadhan ni lain sikit; tak sama puasanya seperti puasa2 yang lain. Berlapar, berhaus, namun tidak dirungut. Dan tatkala berbuka, mensyukuri rezeki yang ada, walaupun kadangkala yang terhidang hanya teh O dan epok2 dua biji. Sebab bulan ini, kami teringat, ada yang harus berpuasa sepanjang hari, sedangkan kami hanya perlu berpuasa setengah hari sahaja.

Dan bagi Tipah juga, bulan Ramadhan ni lah bulan yang masing2 tergedik2 minta kuih macam2, sedangkan bulan2 lain, nama kuih2 sedemikian disebut pun tidak..

Badak Berendam lah..








Bukan yang ini ...














Yes, yang ini ....



Tepung Pelita lah..















Bubur Sumsum lah..













Macam2 kerenah, macam2 perangai~
Bulan Ramadhan memang istimewa... *smilez*

Selamat Bersahur dengan mata separuh terkatup...
Hati2 dengan tulang ikan dan cili padinya...
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak;
dan Selamat menunaikan ibadah puasa...

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Sahaja aku berpuasa, esok hari di bulan Ramadhan, fardhu tunai, kerana Allah Ta'ala.



p/s - bulan2 puasa ni Syaitan jer kena ikat, Jin2 masih berkeliaran. So tak perlulah hairan kalau semasa bulan puasa pun ada yang masih melalui peristiwa2 mistik yer~

4 comments:

Anonymous said...

salam ramadhan adikk.. gung tak mintak apa2 kuih yg berendam2 .. cuma mintak adikk lalui ramadhan ini dengan penuh bermakna.. semalam pun tak sahur .. dah terjaga tapi terlelap balik adik tak kejutkan gung

kucingorengemok said...

bila tgk gambar badak, terpikir plak jap lagi mesti ada gambar puteri mandi! hehe. selamat beribadat di bulan ramadhan...

Tipah said...

selamat berpuasa gung..
selamat berpuasa KOG...

sensei onezz said...

adehh...~ sedap jek tgk pic2 makanan ni...ahakz~ selamat berpuasa adikk~