Sunday, May 31, 2009

Oleh kerana Sang Birthday Boy harus pulang ke camp awal; dan kami semua bertugas siang nanti, maka tatkala jarum saat melewati angka 12, dan jam dinding terdetik 12 pagi, lilin di kek diapikan dan dipanggil Sang Birthday Boy kluar bilik...


Bukan satu kejutan pun sebab kek dah tertayang dalam peti ais sejak Tipah pulang dari ofis tadi dan memang telah menjadi tradisi keluarga untuk menyambut hari lahir walau dengan sebiji kek sekalipun.

Kalau biasanya kek dipotong awal malam, kali ini Tipah sekeluarga santap kek awal pagi, dibilas dengan air oren yang ibu bancuh awal tadi. Ya ampun... macamana lah Tipah tak debab?? *lolz*


Apa2 pun, hari ini adalah hari dia. It's about him today. 18 tahun lepas hari ini dia telah dilahirkan, dan 18 tahun sesudah hari itu, kami menyambut kehadirannya dalam diri dan kehidupan kami.

Muhammad Hafiz bin Roslan, semoga hari ini akan menjadi permulaan untuk hari2 yang lebih baik. Semoga hari ini membawa keceriaan dan senyuman dalam hidup. Semoga akan dikurniakan kesihatan badan dan rezeki yang melimpah. Dan semoga akan mendapat keredhaanNya dalam menjalani hari2 yg mendatang...



Selamat hari lahir, Bro!! Happy celebrating your birthday in camp!! *smilez*

p/s - Itu share kek Tipah, dan tujuan gambar di atas ialah untuk show off piring Singapore Airlines yg telah berada bersama keluarga ini for as long as i remember.... *hee*

No comments: