Tuesday, April 14, 2009

Tipah baru pulang.. Letih.

Dari KL ke Muar. Dari Muar ke JB. Dalam masa 3 hari.

Mai panggil Tipah gila tatkala Tipah telefon beritahu mereka Tipah berada di KL petang Sabtu kelmarin. *lolz* Lepak bersama Mai, berdansa dan bergelak dengan gelagat penghuni dan pengunjung kota di Aloha. Kemudian berembun semalaman bersama Mai dengan Abang Burger dan teman2nya.



Dan tanpa tidur, setelah berhujan di wilayah metropolitan itu, Tipah sambung perjalanan petang Ahad ke Muar - bandar Maharani yang terkenal dengan mee bandungnya - demi menunaikan harapan seorang kakak yang telah saban kali mengajak Tipah bermalaman di rumahnya.

Pagi Isnin, Tipah jelajah bandar Muar, berjalan kaki menahan terik sebelum ke JB untuk berbowling bersama ibu dan adik2.

Aduhaiii.... Letih tapi seronok. Boss!! Tipah ingin terus bercuti!!!

1 comment:

Anonymous said...

cutilah laa adikk selagi termampu dan terdaya... tapi jangan segan2 meninggalkan kunci wargen untuk aii hak hak hak...