Friday, October 24, 2008

Adakah warga Kelantan rasakan orang2 Singapura tak mampu berbahasa Melayu? Soalan pelik.. tapi itu impresi yg Tipah dapat semasa di Rantau Panjang dan Golok...

Insiden 1 : Semasa di Golok, Tipah dah selesai cop passport dan menanti ibu dan abah. Tak sedar bahawa Tipah menghadang perjalanan sebuah kereta. Cuma terdengar semacam kecoh org berbicara dalam bahasa Thai tapi disebabkan sedang berbual ngan adik, Tipah tak ambil endah. Hanya setelah ditarik oleh seseorang, Tipah sedar and terdengar seseorang berkata "Oh, passport Singapore lah. Nak kena ckp orang putih baru dia faham"

*huh??*

Insiden 2 : Selesai cop passport di kastam, Tipah hulur beg pada pegawai untuk periksa. Tapi pegawai tu minta passport Tipah plak... Terasa pelik, tapi kat tempat orang.. turutkan ajer. What comes after that buat Tipah tercengang... Pegawai tu tgk passport Tipah dan the following conversation terjadi...

Pegawai : Singapore? Orang Singapore?
Tipah : A'ah
Pegawai : Tau cakap melayu?
Tipah : Huh? Tau...
Pegawai : Tinggal Singapore? Tau cakap melayu?
Tipah : Saya orang melayu, tau lah cakap melayu...

Apa daaaa..... Ingat orang Malaysia ngan orang Golok jer tau ckp melayu ker? Abih Tipah tgh bicara dgn dia dalam bahasa apa sey?

Insiden 3 : Selesai tu, Tipah dan abah tunggu ibu dan adik2 yg blum habis chop passport. Semasa salah seorang pegawai kastam lintas kami, teman2nya yg on duty di jalan separuh jerit kat dia "wei.. Pak Misai.." sambil bibir menjuih ke arah abah. Mau ketawa Tipah dan abah... diaorang ingat kita tak faham ker??


Adoiiii.. pengalaman yg cukup pelik, namun menghiburkan....

No comments: