Monday, August 1, 2011


Tiba masanya, Syaitan dan Iblis diikat ketat...
Hanya nafsu yg ada menggoda..

Bulan penuh barakah,
Dikejar pahala yang terbentang,
Semoga Ramadhan kali ini,
Lebih baik dari yang sudah..

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Sahaja aku berpuasa, esok hari di bulan Ramadhan, fardhu tunai, kerana Allah Ta'ala.

Marhaban Ya Ramadhan.
Kedatangan mu sentiasa dialukan.

Selamat Berpuasa, teman sekalian.

Friday, July 8, 2011



Hari ini umur meningkat setahun lagi.  Berpuluh2 nota Tipah terima di dinding FB. Semua mengucap selamat. Terharu.

Hari ini Tipah bersyukur telah dapat melihat dunia, melayan suka dan mengharungi duka selama 28 tahun.

Terima kasih keluarga, sahabat, teman, handai & taulan kerana sudi meluangkan sekelumit waktu untuk mengingati hari ini.

Dan terima kasih ibu kerana tabah menghadapi liku 28 tahun sudah untuk beri peluang Tipah menikmati hari ini.

On a different note, oh em gee... dah hampir tiga puluh sudah '~'

Wednesday, June 22, 2011

It's been a while.
Pantas masa berlalu.

Hidup macam gitu juga.
Ada turun,
Ada naik.

Tapi Alhamdullillah.
Manageable.

Takde lah hingga gila, kan?
Hee...

Tak terlambat ke nak ucap Selamat Tahun Baru? *heehee*

Friday, September 10, 2010


Wednesday, June 16, 2010

Malas sebenarnya, tapi Tipah menaip jua.

Memberitahu teman2 pembaca... Tipah masih hidup *senyumz*

Dan sedang sibuk menonton perlawanan2 Piala Dunia......

Dan sedang sibuk datang ke kerja dengan muka yang mengantuk....

Hehe...

Handphone charm baru ada 12... tak jadi nak makan Jack and Jill hari2...



Alamak... Brazil vs N.Korea dah start.... zasssss~

Tuesday, May 25, 2010

Tipah jalan2 di BukuMuka... dan Tipah terlihat seorang kenalan kepada seorang kenalan yang membuat album kompilasi harta karun yang mengingatkan Tipah akan zaman2 sewaktu Tipah masih comel... *hee*



Gula2 Horlicks.... rasanya seperti sudah pupus di Singapura... ada lagi ke??



Dulu kami tak main Nintendo DS and Playstation...



Dan gambar ini membuat Tipah eksaited-maited... passport warna biru - passport yang hanya laku buat perjalanan ke Semenanjung. Anak2 Singapura sekarang tak punya passport warna biru ini. Semua dah guna passport antarabangsa warna merah.

Dengan bangganya Tipah katakan Tipah pernah guna passport warna biru.

Dan dengan angkuhnya juga, Tipah nak show off passport warna biru Tipah yang masih dalam simpanan....



Dulu buat passport baru SGD10... sekarang SGD80!! ish ish ish~

Thursday, May 20, 2010

Hati panas... Dilahirkan lelaki tetapi perangai sundal... Dasar jahanam...